Friday, November 28, 2008

Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi


"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah" inilah antara bait-bait ucapan Hj Hadi Awang suatu masa dahulu, tapi hari ini segalanya berbeza, mereka sanggup dimalukan kerana mahu berkuasa dan menjadi kerajaan.

Semalam, mereka inilah kejayaan Pas kerana berjaya mengurangkan penjualan arak di Shah Alam. (Mengurangkan bukan menghapuskan) Tetapi cadangan Pas ditolak bulat-bulat oleh Menteri Besar Selangor (boneka DAP yang didalangi oleh Anwar Ibrahim) Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun kerajaan negeri prihatin dengan kebimbangan sesetengah pihak berhubung pengambilan alkohol, ia tidak akan mengambil tindakan drastik mengehadkan jualan secara menyeluruh. "Kita telah meminta supaya semua keputusan itu (di peringkat pihak berkuasa tempatan) dibuat selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri.

Hari ini Pas sudah mula berpecah sesama sendiri, Hassan Ali telah memecat dua orang kuat mereka yang dikatakan condong kepada PKR. Salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga Ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad, Difahamkam Kumpulan Anwar didalam PAS yang mengelarkan diri mereka kumpulan Ardogan kini mahu mengusai Pas dan tidak mustahil Pas akan berkubur satu hari nanti dan diserapkan seperti mana parti PRM diserap kedalam PKR.

Di Selangor, bukan sahaja PAS telah menyuarakan rasa tidak senang dengan layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap parti itu, malah ia membawa kepada wujudnya dua kem dalam PAS Selangor. Dua kem ini wujud kerana perbezaan tentang pendekatan yang seharusnya diambil oleh PAS dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali melahirkan rasa tidak senangnya tentang layanan yang diterima oleh PAS dariapda kerajaan negeri Selangor.

Malah beliau bimbang beberapa pendekatan kerajaan negeri itu yang tidak disenangi oleh orang Melayu dan ada yang menyentuh soal Islam akan menyebabkan sokongan rakyat kepada pakatan kerajaan negeri merosot.

Ini menyebabkan wujudkan perbezaan beliau dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga Ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad yang mahu PAS menjadi penyokong kepada kerajaan negeri dalam konteks Pakatan Rakyat kerana di negeri lain yang mana PAS menjadi Menteri

Besar, parti gabungan lain memberikan sokongan mereka. Akibatnya, Hassan mengambil keputusan merombak barisan Perhubungan PAS Negeri dengan menggugurkan Khalid sebagai Timbalannnya dan Saari Sungib digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan.

Sementara itu pergolakan dalaman Pas kini kian memuncak apa sudah ada suara-suara yang mempersoalakan kredibiliti Nik Aziz dan sudah ada ura-ura desakan agar Nik Aziz melepaskan jawatan segera. Alasana yang mereka berikan adalah Nik Aziz tidak lagi efisen daslam menjalankan tugas. Ini semua gara-gara kumpulan ardogan, kumpulan muda yang condong kepada Anwar Ibrahim sudah merasakan bahawa mereka kini bertambah kuat dan boleh menguasai Pas.

Belum lagi setahun memerentah , PR kini dikatakan bercelaru dan keyakinan rakyat kepada mereka kini kian luntur.

No comments: