Wednesday, December 17, 2008

1 Nori selamat lahirkan anak kedua, Timor Abdullah

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mendapat cahaya mata kedua yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan.

Isteri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, Nori Abdullah, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada pukul 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut melawat anak perempuannya itu di PMC dan gembira dengan kelahiran cucu keenam beliau.

Anak sulung Abdullah, Datuk Kamaluddin Abdullah dan isterinya Datin Azreen mempunyai empat orang anak.

Khairy dan Nori mendapat anak pertama mereka, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September tahun lepas- Utusan

Tuesday, December 16, 2008

0 SPRM perlu ada akta perlindungan pengundu dan saksi

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 pada sidang Dewan Rakyat semalam, meminta kerajaan pembangkang benar-benar serius dalam menangani masalah rasuah kerana ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan BN sahaja.

Sebagai contoh, Khairy menuding kepada kerajaan Negeri Perak yang belum pun mengambil sebarang tindakan terhadap anggota Exconya yang telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Sepatutnya, Exco terlibat digantung atau bercuti sehingga kes mereka selesai.

Khairy juga mengingatkan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang berjanji akan mengiytiharkan harta dikalangan anggota Exco Kerajaan Negeri pun belum dilakukan secara terbuka lagi. Pengisyitiharan ini adalah penting kerana rakyat perlu tahu status mereka sepertimana amalan kerajaan BN terhadap Ahli Exconya.

Cadangan Khairy supaya Lembaga Penasihat dalam SPRM mendapatkan nasihat daripada pesalah rasuah yang telah dihukum dan bertaubat tentang cara mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa juga sesuatu yang tidak boleh kita pandang sepi. Hanya pencuri sahaja yang boleh menangkap pencuri. Oleh itu, pesalah rasuah yang telah menjalani hukuman dan telah bertaubat merupakan satu eset kepada SPRM.

Tentunya pesalah yang telah bertaubat dan insaf sedia memberikan kerjasama untuk membantu pihak berkuasa mengesan kes-kes yang mereka kurang arif. Dalam hal ini, kemungkinan besar, mereka juga turut mengetahui siapa dan bagaimana penyelewengan dilakukan hingga ia tidak dapat dibuktikan ketika pendakwaan dibuat.

Sepertimana dalam usaha kita mencegah penyalahgunaan dadah, kita juga menggunakan bekas penagih dadah yang telah pulih dan insaf untuk mengesan dari mana dadah didapati dan bagaimana ia diedarkan. Juga mereka boleh digunakan untuk memberi kaunseling kepada penagih supaya menjauhi dadah.

Oleh kerana rasuah juga merupakan satu amalan yang turut ketagih, maka cadangan Khairy itu hendaknya digunakan sebagai usaha tambahan dalam cara pihak berkuasa mengesan dan mencari bukti yang lebih sahih mengheret pengamal rasuah di muka pengadilan.

Begitu juga sepertimana yang turut dicadangkan Ahli Parlimen Rembau itu diwujudkan Akta Perlindungan Saksi bagi melindungi sepenuhnya terhadap identity dan keselamatan pemberi maklumat dan saksi kes-kes rasuah adalah sama penting.

Kita yakin lebih ramai yang tidak suka dengan rasuah daripada yang meminati rasuah, maka akta perlindungan pengadu dan saksi amat perlu diwujudkan supaya lebih ramai yang berani ke depan memberi maklumat dan sedia menjadi saksi kepada mana-mana kes yang mereka lebih tahu.

Dari kebanyakan kes rasuah yang didakwa sering berhadapan dengan kekurangan keterangan saksi telah menyebabkan pengamal rasuah dengan peguam yang bijak dan berpengalaman dengan mudah menangkis tuduhan terhadap pelanggan mereka.;

Jika ianya bersaksi dan saksi itu dilindungi daripada pengenalan identitinya, ia akan lebih memudahkan pihak pendakwa dan tidaklah kita menghabiskan masa menyiasat, mengambil keterangan dan mendakwa yang mana akhirnya pengamal rasuah lepas dengan sewenang-wenangnya.

Alang-alang kita sudah di paras begitu serius mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, biarlah ia lengkap dan lebih berwibawa bagi memberikan kesan lebih baik kepada tujuan sebenarnya.

Selagi tidak ada akta yang melindungi keselamatan dan identiti saksi dan pemberi maklumat, selagi itu ia tidak akan mengerunkan pengamal rasuah daripada terus melakukan jenayah itu.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates