Saturday, March 7, 2009

PAS sudah tidak releven lagi - Ibrahim Ali



Pas perlu menghormati tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang memberikan pandangan dalam beberapa isu kerana beliau adalah calon Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti.

Sebagai anggota Bebas, Ibrahim tidak terikat kepada mana-mana parti dalam memperkatakan sesuatu isu yang dianggapnya wajar disuarakan.

Datuk Ibrahim Ali yang terus menerima desakan PAS agar menentukan pendirian sama ada mahu kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas ataupun menyertai Umno, hari ini memberi bayangan baru dengan menyatakan "pengundi akan menentukan" kedudukan beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan sama ada menyertai PAS atau Umno ataupun kekal sebagai wakil rakyat Bebas akan ditentukan bila tiba masa yang sesuai.

"Pengundi tentukan ke masa saya harus pergi" , kata beliau hari ini setelah tidak mahu sertai PAS lagi atas alasan perjuangannya sudah bercanggah

"Saya akan ambil kira pendapat penyokong-penyokong saya di Pasir Mas tentang kedudukan saya.

"Mungkin mereka akan mengundi untuk menentukan ke mana saya harus pergi," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Ibrahim semalam didesak oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan supaya menyatakan pendirian muktamad kepada penyokong PAs yang memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Ibrahim yang bekas pemimpin Umno Kelantan menerima desakan dan gesaan sedemikian sejak tiga minggu yang lalu.

Malah pada 21 Februari lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Justeru hari ini Ibrahim menambah, beliau aneh dengan kenyataan terbaru pemimpin PAS yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada mahu sertai PAS ataupun Umno.

Ini kerana kata Ibrahim, beliau merupakan wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kata Ibrahim, adalah sukar bagi beliau menyertai PAS kerana perjuangan parti itu sudah bercanggah dengan prinsip asal sejak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dasar-dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak secocok dengan pendirian saya kerana beberapa isu agama dan bangsa yang dimainkan mereka.

"Isu-isu yang dibawa dalam Pakatan Rakyat ini turut disokong oleh PAS... sebab itulah saya sukar untuk sertai PAS," kata beliau di sini hari ini.

4 comments:

PARPUKARI said...

YA BRO JINGGO,

FUCKATAN RIOT DAH TINGGAL NYAWA2 IKAN JE NI, MEREKA SUDAH TIADA MODAL DAH...

TERUSKAN PERJUANGAN MU BRO..

Toksedang said...

Salam perjuangan...

Dlm kes Eli, Nik Aziz kata jgn letak ADUN sebab membazir mengadakan p/raya semula.

Dlm soal Ibrahim Ali, entah apa2 pula Nik Aziz kata...sb apa mahu ganggu dan cabar Berahim? Bkn calon Pas pn Berahim. Soal tk mengenal budi? apa Nik Aziz mengenal ke Budi? Kalau bab2 mengenalbudi ni dlm parti tak payah cakap lah....Nik Aziz sdri pn hari ini ckp lain esok ckp lain.

Kenapa tk bgi Eliza letak ADUN? lepas paksa pula Berahim letak Jwatan MP Pasir Mas supaya membolehkan PRK diadakan semula...tak membazir ke??? Nik Aziz menurut kehendak emosi sanggup merugikan wang rakyat berjuta2 kerana menuntut kehendak emosi supaya p/raya diadakan semula di Pasir Mas...

Sebagai renungan....sila layari
Pakmie.blogspot.com

Unknown said...

Salam Perjuangan Parpu kari dan Pak me..

Akan sampai masanya PR akan menghampakan harapan golongan yang meletakkan persepsi luaran setaraf dengan isi. Akan sampai masanya pekung di dada PR terdedah jua. Akan sampai masanya bahagian yang rosak di sebelah dalam buah PR akan merebak ke bahagian luar melalui rekahan-rekahan yang timbul selepas buahnya terlebih masak.

Kita tunggu dan lihat...

Salam Perjuangan

BJ

MAWAR BERDURI said...

salam bj?

tak da yang relevan lagi lah dalam pakatan ini..yang ada cuma org sabah cakap Sasing2 saja!!!