Tuesday, April 7, 2009

Anwar pembohong: Bukit Selambau, 5 Ketua Bahagian PKR Kedah keluar parti




Oleh: ROSLAN BIAN

Jika dua malam lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi penipu besar kerana tidak jadi buat pengumuman dan pendedahan besar babitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, petang Isnin, beliau pula pasti terkejut dengan pengumuman dan pendedahan oleh lima ketua bahagian PKR di Kedah yang isytihar keluar parti itu.

Sebabnya, mereka hilang percaya kerana terlalu banyak pembohongan dilakukan Ketua Umum PKR itu selain sekali lagi beliau menghadapi tuduhan salah laku moral selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh Anwar.

Malah lebih menarik lagi, pemimpin PKR itu juga percaya, parti itu di Kedah akan ‘bungkus’ dalam pilihanraya umum ke 13 jika lebih ramai ahli parti bertindak keluar kerana tidak percaya lagi kepada pimpinan Anwar.

Lima Ketua Bahagian PKR itu adalah Azhar Ahmad dari Jerlun, Abu Bakar Din (Baling), Abu Bakar Hamid (Pendang), Wahab Mat Isa (Sik) dan Hamid Osman dari Bahagian Padang Serai.

Dalam sidang media di Sungai Petani, lewat petang Isnin, kesemua mereka kecuali Hamid bukan sahaja isytihar keluar PKR sebaliknya akan menyokong calon Bebas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, Radzi Mat Lazim yang juga bekas ahli PKR.

Azhar yang mewakili rakan-rakannya berkata, mereka tidak dapat lagi menerima Anwar yang banyak berbohong terutama pasal hendak jadi Perdana Menteri pada 16 September lalu.

Perkara lain katanya kerana salah laku moral ahli parlimen Permatang Pauh itu.

“Dulu dah tangkap, jatuh hukuman dan bebas tetapi ditangkap semula..kita tak yakin lagi . Beliau cuba mengABIMkan dan memencil PKR Kedah..ini lagi kita tak puashati,” katanya yang percaya sebahagian besar 5,000 ahli PKR di lima bahagian itu akan mengikut jejak mereka.

Mereka kini juga percaya dengan apa pernah dikatakan UMNO bahawa Anwar menubuhkan Parti Keadilan semata-mata mahu memperjuangkan dirinya.

“Memang sah dan betul apa dikatakan UMNO dulu. Anwar bukan perjuang rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi rakan-rakan dalam DAP dan PAS,” tegasnya.

Selain itu, mereka mendakwa turut tidak percaya dengan Pengerusi Perhubungan PKR Kedah kerana gagal membawa perubahan serta tidak memperjuangan pemimpin serta ahli parti itu.

“Banyak jawatan pemimpin PAS dapat. Pelantikan ketua kampung, banyak bahagian PKR tak dapat jawatan itu termasuk di Jerlun,Baling, Pendang dan bahagian-bahagian lain,” katanya.

Azhar berkata, pemimpin lama yang dulu berjuang untuk Anwar dipinggirkan malah dalam pemilihan calon di Bukit Selambau, pandangan mereka tidak dipedulikan.

“Dia letak calon bukan kalangan senarai pendek kita. Daripada empat nama, nama S.Manikumar yang keluar. Kita tak tahu dia mai dari mana...ini semua kita tak boleh terima. Kalau Anwar tak boleh dengar pandangan kita, biarlah kita semua keluar PKR,” katanya.

Beliau juga menyeru ahli-ahli PKR lain bermuhasabah dan memikirkan apakah perjuangan berasaskan pembohongan ini boleh mendatangkan kemakmuran kepada rakyat dan jika tidak beri manfaat, tiada sebab meyokong PKR lagi.

No comments: