Tuesday, April 7, 2009

Pas Guna Politik Konfrontasi - Bukit Gantang

Politik konfrontasi yang diamalkan oleh parti pembangkang hari ini cukup terserlah dengan tindakan ganas terhadap petugas Pemuda Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan tanggungjawab sepanjang tempoh berkempen.


PAS bertindak Liar dan Ganas!!! Jentera Pemuda BN, Abd Rahman Hasan Menunjukkan Kesan Kecederaan Yang Dialaminya Setelah Ditendang Oleh Petugas Pas Ketika Beliau Memasang Poster Dan Bendera BN Di Sungai Petai


"Billboard", Poster, Bendera BN Hilang Dan Dirosakkan




Menjelang tempoh 24 jam sebelum hari pengundian kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang terus dicemari tindakan kotor pihak tertentu.

Tidak cukup dengan tindakan ganas penyokong pembangkang yang menghalang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) memasang bendera dan poster, menjelang pagi tadi puluhan "billboard" BN didapati dirosakkan selain kehilangan lebih ratusan bendera yang dipasang di sekitar jalan Simpang, Changkat Jering dan Trong.

Pertahankan Maruah BN di Bukit Gantang

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin melaungkan perang habis-habisan bagi memastikan keselamatan pengundi BN selamat dari ancaman ganas pihak pembangkang. Beliau menegaskan jentera Pemuda bukan sahaja perlu mengawasi bendera, poster pada malam terakhir kempen, malah perlu sentiasa bersiap sedia untuk membantu serta menjadi perayu undi di pusat-pusat pengundian bagi memastikan pengundi dapat membuang undi dengan selamat.

Menurut beliau komitmen serta semangat yang tinggi amat diperlukan dan dipertahankan di pusat-pusat pengundian sehingga pengundi terakhir membuang undi supaya kemenangan moral yang dicapai diterjemahkan kepada kemenangan yang sebenar.

"Esok pagi-pagi lagi kita berkumpul di pusat pengundian untuk memastikan keselamatan perayu undi kita. Pengalaman lalu ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang pauh dan Kuala Terengganu menunjukkan mereka bersikap biadap kurang ajar terhadap petugas kita khususnya di kalangan wanita.

"Petugas kita diludah dan dimaki dengan pelbagai perkataan kesat. Jika bukan Pemuda yang menjadi benteng kepada mereka, siapa lagi. Sebab itulah saya minta seluruh petugas kita memastikan keselamatan perayu undi BN terjamin", katanya.

Beliau berkata demikian kepada jentera Pemuda yang berkumpul di perkarangan Bilik Gerakan Pemuda BN di sini, hari ini.

Tegas Khairy lagi, kehadiran petugas Pas daripada luar bukanlah satu halangan kepada jentera pergerakan itu untuk melaksanakan tanggungjaawab dengan berkesan.

"Kita tengok petang ini sudah ramai 'player import' mereka daripada luar datang dan kita percaya jentera Pemuda yang rata-rata dibarisi anak-anak jati tempatan Bukit Gantang tidak takut untuk berdepan dengan golongan tersebut", ujarnya.

Pemuda Umno di Bukit Gantang Membuat laporan polis

Enam laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Umno di Bukit Gantang kerana didakwa dikasari pembangkang ketika melakukan kerja menaikkan bendera parti.

"Petugas-petugas saya nak naikkan bendera di kawasan biasa, bukannya di kawasan markas PAS, tapi mereka dihalau, dimaki hamun dan dipukul," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu, beliau meminta polis meningkatkan kawalan keselamatan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada hari pengundian di kedua-dua kawasan itu esok, lapor Bernama.

Katanya, ini kerana pihaknya bimbang pembangkang akan melakukan tindakan provokasi.

"Saya minta polis dan Suruhanjaya Pilihanraya memastikan kedua-dua kawasan ini selamat dari provokasi dan sebarang tindakan ganas agar pengundi BN tidak keluar mengundi," katanya.

Khairy memberitahu pemberita demikian selepas melawat mangsa ribut di Kampung Bukit Rusa di Sungai Petani.

Dalam kejadian ribut dan hujan lebat petang semalam, hampir 50 rumah rosak termasuk sebuah yang ranap akibat dihempap pokok.

2 comments:

Taminsari said...

Salam BJ..apa khabar..

Kalau ada masa sila ke..http://p59.bukitgantang.net/

Salam perjuangan

Unknown said...

Wah hebat taminsari...

Teruskan perjuangan sahabat...

Salam Perjuangan

BJ