Thursday, August 6, 2009

Jeff Ooi perlu minta maaf, tarik balik kenyataan sentuh sensitiviti Islam

JEFF OOI BIADAP LAGI DANGKAL KERANA MENGHINA SYARIAT ISLAM..... DIA LUPA BAHAWA KERANA KEHENDAK SYARAT ISLAM ITULAH, MAKA UMAT ISLAM HIDUP DALAM BERTOLERANSI DAN BERTOLAK ANSUR DENGAN NON-ISLAM.

KERANA KEMULIAAN SYARAT ISLAM ITULAH MENYEBABKAN RAMAI TOKOH DAN CENDEKIAWAN DI BARAT MEMELUK ISLAM.

UMAT ISLAM MENOLAK JEFF OOI DAN MANUSIA SEUMPAMANYA......!!!!

READ MORE

3 comments:

oyabun said...

Salam Bro..

Inilah akibatnya apabila Melayu berpecah dan menjadi lemah. Secara tidak langsung ugama Islam yang menjadi pegangan kepada orang Melayu juga yang menjadi mangsa. Apabila melihat akan kelemahan ini maka golongan minoriti mula bersuara. Mereka secara berani merobek-robek mempersoalkan hak ugama dan bangsa Melayu. Kuasa yang sedikit yang mereka perolehi di atas kemenangan PAU-ke 12 dipergunakan semaksima yang boleh.

Cuba kita bayangkan jika mereka dapat memerintah satu negara. Tak dapat bayangkan apa yang terjadi. Dengan menguasai beberapa negeripun mereka sudah menunjukkan belang mereka, apatah lagi apabila memerintah negara. Wahai bangsa ku Melayu...bersatulah. Pertahankan tanah air bumi tercinta ini.

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Salam perjuangan

Unknown said...

W.salam sahabat...

Dalam gema laung Laksamana Hang Tuah” TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Betulkah kata-kata ini atau ianya sekadar Hang Tuah ingin memberi pesan kepada keturunannya supaya jangan leka kalau ingin terus berkuasa. Hang Tuah seorang yang perkasa lagi bijaksana, dan kita mesti bijak mentafsir kata-katanya dan jangan hanya sekadar mengambil bulat-bulat kata-kata hikmatnya itu sebagai azimat.

Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sudah tiba masanya untuk semua pemimpin
politik Melayu bersama-sama memikirkan mengenai survival orang Melayu dengan mengambil pendekatan merentasi sempadan politik yang selama ini telah menjadi pemisah kepada penyatuan bangsa.

Hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus membela nasib Orang Melayu. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah arah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Mereka disekeliling kita mahu melihat dimana letaknya jati diri anak melayu.

Bersatu bukanlah perkara karut marut. Ia telah diterima secara universal dan sejak sekian lama dulu. Sebab itulah kita dengar ada perkataan United States, UAE, United Nations dan sebagainya. Kenapa? Kerana manusia secara umumnya percaya hanya dengan bersatu maka SURVIVAL manusia atas muka bumi dapat dipertahankan.

Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman bencana alam dan lain-lain. Manusia sukar untuk hidup sempurna kalau berpecah-belah dan membawa diri masing-masing.

Ingatlah bahawa, konsep bekerjasama adalah faktor penting dalam menentukan jaya atau gagalnya pembinaan sebuah tamadun. Malah, manusia di zaman gua batu juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia. Namun seperti juga dengan rambut yang boleh berubah warnanya, hati manusia bukanlah kekal sifatnya. Hati yang hitam mampu bertukar menjadi putih dan begitu juga sebaliknya.

Harus diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara.

Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Perpaduan wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, makanya perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

JUSTERU ITU BANGKITLAH BANGSAKU.... KITA TIDAK PERNAH LUPA PADA ASAL USUL KEHEBATAN BANGSA MELAYU!!! MELAYU PERLU BERSATU!!! BERSATU DALAM MEMPERKASAKAN BANGSA MELAYU!!!

Salam Perjuangan

BJ

Anonymous said...

UMNO + PAS + PKR = MELAYU JD KUAT

Amacam? ada berani?

Jangan kerana kuasa mereka tidak ambil kisah semua ni? Hentikan persengketaan sesama melayu!

Saya cabar pemimpin parti diatas kalau berani bersatulah! Klu ketiga-tiga parti ni bersatu dah parti mereka yang keparat ni tak berani nak bersuara!

Sudah pasti MELAYU jadi kuat! Jangan kuat menyalak saja!