POLITIK HARIAN: Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir

Tuesday, August 25, 2009

Pilihanraya Kecil di Permatang Pasir



Ye rakan2 seperjuangan, rakan pemerhati dan rakan dari pembangkang. Besok adalah hari penentu bagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir. Pilihanraya kecil yang jatuh dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Saya faham perasaan rakyat, biar daripada bangsa Melayu ataupun daripada bangsa2 lain. Saya tahu juga bahawa ramai daripada kita sedang melihat dengan teliti komen2 daripada YAB Perdana Menteri, dan cara dia atasi masalah yang timbul sejak tahun 1998 sampai ke hari ini di Peramatang Pasir. YAB PM bukan bodoh, dan dia mempunyai sifat penuh kesabaran. Kenapa ramai drpd Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak boleh melihat kesungguhan PM kita ni, untuk menyatukan bangsa Melayu, dan akhirnya menyatukan negara? Kalau bangsa Melayu tidak bersatu, macam mana negara kita nak bersatu ? Saya pun tak faham. Kenapa kita kena lawan sesama sendiri sampai mencaci dan menghina sesama sendiri, menfitnah dan bergaduh dalam bulan yang muila ini. Adakah apa yang kita buat akan bawa pahala dalam bulan ini, atau bawa kita lagi dekat kepada pintu neraka kelak ?

Kita adalah masa hadapan negara, generasi muda yang penuh keinginan untuk Malaysia berada di tahap maju menjelang 2020. Ia, itu impian Tun M, tetapi impian itu memang cukup baik utk kita semua. Insyallah kita dapat mencapai nya bersama.

Saya harap, yang akan mengundi di Permatang Pasir besok, fikir baik2. Sekarang Malaysia sedang ditadbir oleh seorang Pemimpin yang memang boleh menyatukan negara. Itu lah sebab utama pembangkang hari2 nak kena kan dia. Kerana mereka semua takut YAB PM akan menyatukan negara, dan pembangkang akan kehilangan semua yang mereka ada sekarang, kerana dendam dan tamak nak kuasa Ketua Pembangkang.

Saya tidak boleh paksa anda, tetapi saya sudah sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah satu - satunya parti yang boleh menyelamatkan negara dalam masa yang begitu tidak terjamin ini. Insyallah anda sebagai pengundi akan faham erti kata itu, dan doa sebelum mengundi, supaya negara selalu dijaga daripada kekecohan dan ketidakstabilan pada masa depan. Insyallah doa anda akan didengar ALLAH SWT, dan undi anda bawa kepada stabilan negara.

By Razman Hakimi Abdullah

4 comments:

Tungaklangit said...

Salam

Semoga Allah memberi kemenangan kepada calon BN/UMNO dan mengajar PAS yang bongkak dan hina ini

Salam

YANG GAMBI said...

Salam bro, BN aakan mencapai kemenangan....InsyaAllah....

Bro Jinggo said...

Insyaallah!

Kita dah buat yang terbaik!

Syabas kpd semua bloggers pejuang negara!

Ada tanda berlaku angin perubahan di Permatang Pasir dan pengundi yang kita temui juga memberi isyarat bahawa mereka mahu lakukan perubahan.

Salam Perjuangan...

Anonymous said...

Alhamdulilah..PAS menang...Semoga Allah memberkati perjuangan PAS dan mengajar UMNO@BN yang bongkak dan hina ini...Takbir!