Wednesday, February 3, 2010

Anwar mengelak seribu satu macam...


Asyik nak tangguh kes sajer, Penangguhan ditolak, kes Anwar didengar esok

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.



Laporan Agenda Daily:


Walaupun perbicaraan pokok tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dijangka bermula di Mahkamah Tinggi jam 2.30 petang, Rabu, namun boleh kata Ketua Pembangkang itu sebenarnya sudah ‘tewas’ kepada sistem perundangan.

Segala usahanya melalui peguam-peguan tersohor termasuk mempertikai kumpulan pendakwa serta memohon mendapatkan dokumen dan bahan kes penting antaranya sampel DNA Mohd Saiful gagal.

Usaha terakhirnya memohon mahkamah mengenepikan pertuduhan liwat juga tidak berhasil dan kini perbicaraan sebenar kes yang sudah lebih setahun tertangguh itu bakal menjadi tumpuan ramai dalam dan luar negara.

Apapun, melalui sisa-sisa terakhir, pagi Rabu pihak pembelaan yang mewakili Anwar akan bertemu dengan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya.

Ianya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful bagi persediaan pembelaan kes liwat itu.

Itulah saja satu-satunya ruang bagi Anwar melambat-lambatkan perbicaraan sekiranya Alauddin bersetuju dengan permohonan itu dan memberikan tarikh baru perbicaraan yang sudah ditetapkan hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, petang esok.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh memberitahu mahkamah petang Selasa, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, mengarahkan Alaudin mengaturkan pertemuan itu dengan peguam Anwar esok di dalam kamar.

Pihak pembela Anwar berkenaan.berpendapat semakan itu penting bagi meneruskan perbicaraan kerana Karpal antara lain mendakwa laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

Tersepit dengan peluang nipis itu, Anwar cuba mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor kononnya mereka bersepakat dengan Mohd Saiful untuk memiftnahnya.

Anwar dengan begitu yakin memberitahu media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa beliau ada bukti pembabitan Najib serta Rosmah dan akan mengeluarkan sapina meminta kedua-dua mereka hadir perbicaraannya kelak.

Jelas sekali, penasihat PKR itu mahu orang lain kena getah, walaupun dia sebenarnya yang didakwa makan nangka.

Beliau barangkali tidak sedar dirinya sudah tewas kepada sistem perundangan kerana pelbagai alasan menolak dan menangguhkan pertuduhan terhadapnya hingga melebihi 20 kali sejak kes itu mula didengar pada 7 Ogos 2008.

Ada yang berpendapat Anwar juga tewas disegi moral agama apabila enggan bersumpah laknat sama seperti dilakukan Mohd Saiful yang mahu membuktikan beliau benar-benar diliwat mantan timbalan perdana menteri itu.

Sementara itu, insan yang paling tidak sabar dalam perbicaraan ini adalah Mohd Saiful.

Selain menjadi mangsa liwat yang didakwa berlaku di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008, hak beliau dalam kes itu hampir dinafikan apabila Anwar menggunakan pelbagai cara bagi membatalkan pertuduhan tersebut.

Sejak pagi Mohd Saiful ditemani bapanya Bukhari Azlan Lazim serta peguam Zambri Idrus sabar di bilik lain tidak jauh dari Mahkamah Tinggi 3, tempat kes Anwar didengar hakim Mohd Zabidin.

Walaupun nampak keletihan, beliau yang ditemui media sebaik kes itu ditangguhkan, sekali lagi menjelaskan kesiapsediaannya memberi keterangan jika kes itu mula dibicarakan petang esok.

Persoalannya kini, apakah Anwar dapat mempertahankan dirinya daripada pertuduhan kali ke dua selepas tuduhan pertama meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 2000?

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu.

Anwar dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma di ibunegara.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kali ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dan dibantu dibantu lima Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin dan Shamsul Sulaiman.

Anwar pula menghimpunkan sekumpulan 13 peguam untuk membelanya.

Mereka ialah peguam bela utama Raja Aziz Addruse, Datuk Param Cumaraswamy, Karpal Singh, Datuk C V Prabakharan, S N Nair, Wan Anuar Shadat, R Sivarasa, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Jika pada kes lalu, Anwar mengaitkan konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad, kini sebab sama dijadikan alasan dengan Najib pula sebagai sasaran.

Hakikatnya dalam menilai tindak tanduk Anwar mengelak seribu satu macam dan menuduh sana sini, seperti kata Rajalawak Nabil, “ Lu Fikirlah Sendiri”

4 comments:

dayak said...

air-mani-siapa-bang-nuar?????

Sdr
Harap dapat link kan. TQ banyak-banyak

dayak said...

air-mani-siapa-bang-nuar?????

Sdr
Harap dapat link kan. TQ banyak-banyak

http://dayak007.blogspot.com

kelambuharimau said...

DNA air mani tu kalu anuar punya..jika tak ngaku..mase bile pulak dia pancut kat ctu..huhuhuhuhu

sekupangdua said...

masa buat tak boleh tangguh tapi part kena bicara ni pulak memanjang tangguh

halo brader don't worry dalam nanti banyak yang balun ko ...iskkk i mean the back door club muahaha