POLITIK HARIAN: KJ VS DSAI

Friday, March 19, 2010

KJ VS DSAI


Petikan dari Hansard Parlimen 17 Mac, di mana Khairy Jamaluddin membangkitkan beberapa isu sewaktu ucapan Anwar Ibrahim. Anwar terpaksa meminta backup dari Saifudin dan Gobala untuk mempertahankan diri. KJ dengan selamba mengasak Anwar, walaupun diprovok pelbagai sudut, KJ tetap stady mengasak Anwar sampai Anwar terkelu....

Petikan melibatkan YB Khairy Jamaluddin (REMBAU) sewaktu Sesi Perbahasan Titah Diraja oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (PERMATANG PAUH) - 17 Mac 2010

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun] Ya, Rembau hendak mencelah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tahniah, masih lagi jadi Ketua Pembangkang walaupun parti sudah hilang beberapa kerusi.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia tak jadi menteri pun, cakap besar. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Yang Berhormat Rembau hendak jadi Menterikah?

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih, terima kasih Padang Serai, terima kasih. Saya tahu Yang Berhormat Padang Serai sokong saya. Saya tahu Yang Berhormat Padang Serai sokong saya. [Dewan riuh] Berbalik kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, Yang Berhormat Permatang Pauh banyak membangkitkan isu, bagi penjelasan kononnya kerajaan pakatan ini tidak berdiskriminasi. Banyak contoh yang diberi bahawa adil dan saksama mengikut semua kaum.

Namun begitu, di sini Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyalahkan UMNO menyatakan bahawa ini semua UMNO yang canangkan.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Betul!

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: “Ini semua propaganda UMNO yang mengatakan bahawa pakatan ini anti Melayu dan sebagainya”. Cuma saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, minta pandangan dia. Mungkin di atas kertas nampak persetujuan itu cantik ditandatangani oleh Tok Guru Marang dan sebagainya, tidak ada masalah. Cuma persepsi ini wujud dan persepsi ini bukanlah persepsi yang hanya ditulis dalam Utusan Malaysia ataupun disebut oleh orang UMNO sahaja. Saya ambil petikan bahawa ada seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan “chauvinist, dictatorial and communist minded”. Ini merujuk kepada Yang Amat Berhormat Bagan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini bukannya datang daripada Utusan Malaysia. Ini bukannya datang daripada orang UMNO, tetapi ini datang daripada Yang Berhormat Bayan Baru yang satu ketika dahulu a leading light of

Parti Keadilan Rakyat.

Sekarang ini Yang Berhormat Permatang Pauh boleh bagi bermacam-macam alasan kononnya tersilap pilihlah, you are sorry because you choose a wrong candidate. Akan tetapi masalahnya ialah dia ini adalah seorang rakan karib, orang kuat kepada Parti Keadilan Rakyat yang sanggup keluarkan kenyataan yang tersebut. Jadi Yang Berhormat Permatang Pauh boleh cuba menipu ataupun mengelirukan Dewan dengan beberapa fakta tetapi masalahnya perkara ini datang daripada orang Keadilan sendiri yang sudah hilang kepercayaan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Patut Menteri yang cakap!

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Itu pun satu percubaan yang baik tetapi dalam soal fakta Yang Berhormat Rembau tidak boleh lari. You boleh pusing kenyataan komiti, tetapi Genting Highlands sebagai tauke judi boleh, Kampung Tersusun kepada orang-orang Melayu tidak boleh. Itu tidak dijawab sampai sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tidak, kenapa tidak dijawab

soal kenyataan...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawab, saya akan jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab itu dulu!

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Jangan bimbang, jangan bimbang. Saya bukan Rembau, saya Permatang Pauh. [Ketawa] Saya akan jawab tetapi saya hendak katakan ini, bagus juga kerana “menteri kapal selam” pun datang [Dimaksudkan kepada Menteri Pertahanan] [Ketawa] Saya bagi tahu, bagi angka ini, 60,000 geran Melayu Terengganu, 102,000 geran Melayu kampung di Perak dibatalkan oleh UMNO, Barisan Nasional. Ini tidak dijawab. Kalau dikatakan kita bagi kepada 47,000 keluarga Cina, saya akui dan saya rasa ini keputusan yang tepat. Kita bantu orang Cina yang susah.

Mengapa Yang Berhormat boleh mempertahankan dasar, mempertahan tauketauke judi yang kaya-raya, gunung, bukit, pulau bagi tidak mengapa. Itu belum jawab. Saya hendak jawab isu yang dibangkitkan...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Bukan Yang Berhormat mempertahankan tauke judi yang sama sewaktu menjadi Menteri Kewangan? Bukan Yang Berhormat menari bersama dengan anak tauke judi tersebut sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Okey.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab soalan itu dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya joget sedikit.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh cakap benda lepas itu absolve sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawab Yang Berhormat, jangan bimbang, saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Apa yang berlaku pada masa yang lampau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya joget sedikit kah...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat tidak boleh. Yang sebut tentang tauke judi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Boleh, no problem.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Kita masih ada lagi video yang Yang Berhormat berdansa, berdansa bersama anak kepada... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Selain daripada Yang Berhormat Permatang Pauh Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini Ketua Pemuda UMNO menari sedikit dengan India, joget, dosa besar. Menta kedarah arak, okey. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Siapa kata Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sama macam politik.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Siapa kata Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Anak perempuan miskin di Pahang minum beer...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat hendak mengelak dari jawab soalan pertama tadi...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawablah ini. Dengarlah sekejap.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab dahulu. Ini pergi melancong ke Genting Highlands, kerana Yang Berhormat yang berdansa dengan anak tauke judi itu tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab dahulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya ulang jawapan.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya ulang jawapan. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak ialah kita bicara soal dalam Pakatan Rakyat, kita kata kita tandatangani dokumen ini. Akan tetapi dalam pelaksanaannya, kita dukung Cina, itu kenyataan dia. Saya jawab berdasarkan fakta, angka. Okey, dan saya tanya balas selepas jawab berdasarkan angka bahawa das yang dituduh itu tidak benar. Jalan mana yang ditukar menjadi jalan Cina di Pulau Pinang? Saya anak Pulau Pinang, jalan mana yang digantikan dari bahasa Melayu ke bahasa Cina? Jalan mana?

Seorang Ahli: Menari...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Menari memang, saya joget, ya! Itu saya sudah sebut. Pemimpin UMNO kalau nampak saya menari sedikit, itu setiap hari dia tunjuk. Pemimpin UMNO mentakedarah arak atau judi, itu none issue. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Itu bukan soalnya Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Itu jawapan saya.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Soalnya bukan Yang Berhormat Permatang Pauh berjoget. Kalau joget itu tidak ada masalah. Yang Berhormat Permatang Pauh berjoget dengan anak tauke judi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kemudian saya hendak sambung...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Itu masalah dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya ingat kita tunjukkan orders sedikitlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau, duduk Yang Berhormat. Begitu juga dengan Yang Berhormat Padang Serai.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya dengar suara Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak bercakap pun tidak boleh dengar. Dengar you seorang punya suara.

---

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini macam pemerintahan Pemuda UMNO lah. Mana peduli peraturan. Dia masa Perdana Menteri dahulu, menantulah yang jadi dapat semua. Sebelum itu, anak.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sekarang isteri dan anak.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, dia mula lagi sudah. Tadi soalan tidak dijawab. Soalan yang saya bangkitkan tidak dijawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya sudah jawab, saya...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Soalan tadi tidak dijawab Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya dengar Yang Berhormat Rembau, kita perlu tunggu dahulu. Kalau dia kata dia hendak jawab. Tunggu dengar dia jawab dahulu. Akan tetapi kalau tiap-tiap satu ayat perkataan hendak kita bantah, mungkin jawapan itu pun tidak sampai.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bersorak]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah Yang Berhormat. Saya bukan perlukan sorakan orang Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Akan tetapi Anak Tun Mahathir pun best. Boleh... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan juga masalah ternakan khinzir. Ternakan khinzir di Kedah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis mengatakan bahawa kita... Bukan ternakan ya?

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Penyembelihan khinzir. Penyembelihan ini di masa UMNO selama 30 tahun, tidak berlesen. Keduanya, bantahan penduduk ada. Yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan, kawasan babi ini 30 tahun beroperasi. Tidak ada lesen. Akan tetapi UMNO tidak ambil tindakan. Pencemaran alam sekitar berdekatan dengan Sungai Kedah dan penempatan. Bantahan penduduk setempat tidak diambil tindakan. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah ialah memindahkan dengan persetujuan syarikat penyembelih ini ke tempat baru di kawasan Kampung Tok Pawang Semeling. Ini yang dilakukan, salah apa lagi ini?

Tidak ada lesen, tidak bantah. Apabila kita pindah, dibantah. Jadi saya harap hal-hal ini kalau kita rujuk kepada fakta, termasuk soal Cina, Melayu, India, kita rujuk kepada fakta. Saya bagi tahu sekurang-kurangnya Pulau Pinang, Selangor ada target khas membasmi kemiskinan tegar yang tidak dilakukan oleh negeri-negeri lain.

Dibangkitkan juga soal Raja-Raja Melayu. Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan bahawa kita ini menentang raja-raja. Baca Hansard sahajalah, daripada 89-93. Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO daripada Raja-Raja? Apakah kita konsisten untuk menyatakan bahawa kita ini mendaulatkan sistem Raja. Dalam Perlembagaan jelas dan pendirian kita jelas.

Ada hal yang kita rujuk ke mahkamah kerana kita rasa keputusan nasihat yang diberikan oleh Menteri Besar atau kerajaan atau Perdana Menteri tidak bertepatan. Akan tetapi tidak konsisten. Dalam kes Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat dari UMNO semuanya mahu raja seolah-olah kuasa mutlak sampai Mahkamah Persekutuan memberi keputusan 5-0. Maknanya keputusan mutlak Raja-Raja. Dalam Peruntukan Perlembagaan 43(5) ada beberapa peruntukan khusus kuasa Raja-Raja termasuk menerima peletakan jawatan atau pemecatan atau pelantikan. Saya rujuk ini ke mahkamah dalam isu pemecatan 1998. Apa mahkamah kata? Kuasa mutlak Perdana Menteri. Jadi yang mana satu? Hendak suruh kita hormat Perlembagaan undangundang, keputusan hakim. Ada dua kes. Satu keputusan 5-0 kuasa mutlak Raja-Raja kerana memihak kepada UMNO.

Dalam kes yang saya bawa 43(5) dan saya bawa dengan yakin kerana Tuanku Almarhum Tuanku Jaafar di hadapan saya Dato’ Seri Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain dan Tuanku Najihah memaklumkan Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu tidak memperkenan. Tidak dimaklum dan tidak diperkenan pada 2 September 1998. Maka melihat kepada peruntukan Perlembagaan 43(5), kita bawa. Apa keputusan mahkamah? 3-0. Keputusannya Agong tidak ada kuasa sama sekali walaupun dalam 43(5), Agong mesti dimaklumkan dan diperkenan pelantikan Menteri dan pemecatan. Kuasanya, kuasa Perdana Menteri kita tidak pertikai. Akan tetapi prosesnya adalah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Apa keputusan Mahkamah Persekutuan? 3-0. Kuasa mutlak pada Perdana Menteri. Jadi ini yang harus kita perhatikan kalau kita betul-betul pertahankan semangat perlembagaan. Semalam Perdana Menteri menyebut semangat Perlembagaan. Apaapa perubahan ikut prinsip Perlembagaan. Kemudian diulang oleh Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO tetapi yang saya tekankan ini prinsip Perlembagaan. Saudara tanya bahawa dalam Pakatan Rakyat tidak ada keputusan itu. Sebab itu saya bawa dokumen ini yang ditandatangani saudara kata pelaksanaannya tidak seberapa.

Isu lain. Pertama tuduhan bahawa kita tidak tunduk kepada prinsip Perlembagaan ini tidak tepat. Ini yang saya jelaskan dahulu. Kalau masalah yang dikatakan pelaksanaannya tidak tepat seperti mana yang kes geran tanah Terengganu baik, Perak baik saya sudah jelaskan. Saya ada seperkara kecil sahaja sentuh bila Perdana Menteri dalam ucapan sebentar tadi menjawab isu yang saya bangkitkan sebelum berehat makan tengah hari tentang PERMATA.

Saya tidak pertikai peranan Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri menjalankan projek PERMATA. Saya tidak ada halangan bahkan bersetuju kalau langkah-langkah yang baik. Saya hanya pertikai mengapa satu projek ini dimasukkan dengan diminta dalam Titah Diraja memberikan perhatian dan pujian. Mengapa puluhan projek lain yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin wanita itu tidak diambil kira kerana draf itu akhirnya adalah draf dan titah ucapan itu dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Saya hendak sentuh sedikit tentang 1Malaysia. 1Malaysia 1Gagasan tidak payah kita pertikaikan, hendak menyatupadukan rakyat. Bunyinya lunak tetapi saya cuma hendak ingatkan cadangan yang dikemukakan oleh APCO syarikat perunding antarabangsa yang ditunjangi oleh dua tokoh Israel, bukan Yahudi, tokoh Israel. Ia ada Yahudi tetapi isunya bukan isu Yahudi isu dari Israel. Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan satu lagi seorang lagi bekas Duta Israel ke Jerman. Bukan orang Yahudi di tempat lain ini orang Israel yang mendukung fahaman Zionis yang menindas rakyat Palestin yang mengepung Gaza. Orang ini yang menerajui APCO dan APCO. dibayar oleh Perdana Menteri untuk menasihat.

Tidak jadi isu kepada UMNO. Mesti sokong dan amin semua tetapi satu perkara yang penting bila kita sebut 1Malaysia. Pada tahun 1999 APCO harum namanya kerana diambil oleh Ehud Barak, sekarang Menteri Pertahanan yang ada pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan Malaysia baru-baru ini. Ehud Barak Perdana Menteri Israel 1999 mengambil APCO dan APCO menasihatkan Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel. 1999 satu Israel. 2009 APCO menasihat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib 1Malaysia. Selainnya tafsiran sendiri. Akan tetapi orang-orang ini kemudian memfitnah kita sebagai alat Yahudi sekarang ini alat China, perkakas China. Orang-orang ini juga terlibat dalam pentadbiran Perdana Menteri yang lalu menyambung bantuan pelobi yang diketahui oleh Ahli Parlimen Putrajaya. Apa dia? Menggunakan khidmat seorang pelobi Yahudi terkenal di Amerika yang juga tauke judi yang menipu Red Indians kerana membina kasino dan menipu mereka. Jack Abramoff namanya.

Jack Abramoff dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk mendekatkan Perdana Menteri dengan pentadbiran Amerika Syarikat pada ketika itu George W. Bush. Ada congressional notes yang mengesahkan apa yang saya sebut pada hari ini. Jadi oleh yang demikian jangan kita pakai hentam kromo memfitnah orang pada hal kenyataannya tentang Jack Abramoff dan APCO. Itu yang nyata. Saya hendak tanya mana dia ustaz, ustazah Menteri agama? Apa pendirian mereka dalam isu-isu seperti ini? Jangan tanya Setiausaha Agung UMNO tanya yang lain.

Ini Jack Abramoff bukan masalah dia Yahudi dia itu pelobi yang NeoCon, neoconservative, pandangannya ekstrem dan yang paling parah menipu kepada dalam membina kasino di tanah orang Red Indians di Amerika Syarikat dan tidak dibayar. Kita bicara soal 1Malaysia.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh. Pertamanya Yang Berhormat Permatang Pauh terima kasih bagi laluan sekali lagi. Saya hendak tanya manakah bukti yang kaitkan APCO itu dengan kempen 1Israel, bukti kukuh yang kaitkan bahawa APCO itu adalah pencetus kepada kempen 1Israel yang diperkenalkan Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada tahun 1999.

Kedua, Yang Berhormat Permatang Pauh perlu clarify sedikit sebab dalam ucapan tadi seolah-olah APCO ini diterajui oleh duta ataupun bekas-bekas Duta Israel. Mereka ini bukanlah executive dalam APCO mereka ini adalah sebahagian daripada International Advisory Board. Sama dengan ramai lagi 20, 25 orang lagi dalam Advisory Board APCO.

Ketiga tadi Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang kaitan dengan NeoCon. Benda ini perlu dibangkitkan sekali lagi sebab saya tidak boleh benarkan Yang Berhormat Permatang Pauh berucap tanpa segan silu atas hipokrasi sendiri. Apakah kaitan Yang Berhormat dengan Paul Wolfowitz? Kalau kita kata tentang NeoCon dialah God Father kepada Neoconservative di United State di Amerika Syarikat. Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri terima jawatan Chairman of Future Foundation daripada World Bank pada waktu itu diterajui oleh Paul Wolfowitz.

Jadi di sini jangan kita hipokrit. Kalau dikaitkan kita dengan NeoCon yang ada agenda yang begitu buruk untuk menindas dunia Islam. Yang Berhormat Permatang Pauh you are complicit as well dengan izin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sekurang-kurangnya dia mengaku kalau you are complicit as well maknanya they are involved with the Yahudi. Okey thank you very much.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: But are you complicit? Are you complicit?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. Ketua UMNO the fact that your are admitted you are complicit they shameful. Tokoh Melayu pertahan Islam complicit dengan NeoCon.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Are you complicit? Are you complicit?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Okey. Let me, let me reply. Jangan biadab, jangan biadab biar kita terangkan biar saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Daripada tadi tidak jawab soalan saya? Soalan saya Bayan Baru, soalan saya NeoCon tidak jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Bukan bapak mentua awak jadi Perdana Menteri sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh elak, tidak boleh elak tidak boleh lari kena jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. You bukan menantu Perdana Menteri sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh kena jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya hendak sebut. Ya sayajawab, saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: You kena jawab. You cannot answer me.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You tanya saya jawab let me reply.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: You are not answering my question. You are helpless. You cannot answer.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You see in display arrogant of Pemuda UMNO.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: This is not arrogant. Saya minta tolong jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Dia kalah kita jawab tidak boleh.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Saya minta tolong jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tolong Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Sebagai bekas Ketua Pemuda... Tolong jawab sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat Permatang Pauh yang lain pun jangan Yang Berhormat tolonglah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang lain boleh tegur Tuan Yang di-Pertua tetapi puncanya Yang Berhormat Rembau.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya sudah tegur Yang Berhormat, saya sudah tegur.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua terima kasih.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan Yang Berhormat Permatang Pauh, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: To

wrong doesn’t make a right Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You are right Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh atas laluan. Dia tidak sukar kita memahami keberanian Yang Berhormat Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah. Memang pemilihan parti tidak dapat jadi Menteri. Itu sahaja. [Dewan riuh] Maknanya perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri, perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri. Jadi keberanian itu akan memberi markah dan peluang untuk dilantik jadi Menteri. Itu sahaja.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Riuh]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jadi itu fakta, fakta. Jadi apakah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tolonglah saya pun hendak dengar Yang Berhormat Machang Yang Berhormat.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju tidak susah kita memahami budaya dalam politik UMNO. Maknanya, dosa besar dalam UMNO ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin. Itu dosa besar, ya. Parti agama, bangsa, negara. Judi dan arak okey. Jangan cabar kita. Kita boleh tunjuk berapa kerat dalam ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda UMNO dahulu. [Disampuk] Jangan sebut. Kita boleh sebut. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun] Berapa banyak lesen judi... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Rembau duduk dahulu.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Duduklah dahulu. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai duduk juga.

Seorang Ahli: Hah, terima kasih...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Berapa banyak lesen judi diluluskan dahulu?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Rembau duduk dahulu.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Menteri Kewangan dahulu?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan cabar! Kita tahu.


(Source: parlimen.gov.my)

No comments: