Monday, July 12, 2010

Bumi Selangor dirompak, Adun BN Kuang diarah keluar!!!

By: Bro Jinggo

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang (BN) Abdul Shukor Idrus hari ini diarah keluar dari ketika persidangan dewan selepas bertikam lidah dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Teng Chang Kim.

Abdul Shukor ketika itu ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri itu, namun disekat Teng.

Ketika ditemui di luar dewan Abdul Shukor mempersoalkan keputusan speaker kerana menolak untuk membahaskan isu kecurian pasir di Selangor.

Sejurus kemudian para ADUN BN Selangor bertindak keluar dewan apabila Abdul Syukur Idris dihalau keluar dewan oleh speaker Teng Chang Khim.

Wakil rakyat berkenaan bertindak demikian sebagai tanda sokongan kepada Abdul Syukur yang mahu mengajukan soalan berkaitan isu pengeluaran pasir di negeri berkenaan.

Difahamkan mereka membantah kerana menghantar usul tetapi telah ditolak, sedangkan usul tersebut telah dihantar sejak 14 hari lalu.

Usul tersebut untuk minta kerajaan hentikan pengeluaran pasir untuk sementara waktu sebab timbul banyak masalah berhubung kegiatan ini.

Menurut kata Abdul Syukur “Saya mahu membahaskan isu kecurian pasir di negeri ini kerana mendapati terlalu banyak perkara yang tidak dimaklumkan terutamanya soal keuntungan dan kerugian.

“Rakyat hendak tahu kerana Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) kata banyak keuntungan tetapi tidak dimaklumkan secara lebih terperinci. Malah Menteri Besar seolah-olah tidak konsisten, kejap cakap untung banyak itu, kejap cakap untuk banyak itu, sebenarnya mana satu keuntungannya?

“Ini merupakan satu penipuan yang dilakukan kerajaan negeri”. Beliau berkata usul yang ingin dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat tetapi ditolak daripada dibahaskan.

"Sebelum ini saya telah menyerahkan usul untuk membahaskan perkara ini dalam dewan tetapi ditolak kemudian saya serahkan lagi usul yang sama tetapi tiada jawapan diterima".

“Adakah usul ini tidak boleh dibincangkan dalam dewan? Adakah rakyat tidak berhak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Usul yang ingin saya bahaskan ini adalah demi kepentingan rakyat negeri ini”.

Beginilah cara mereka Pakatan Rakyat yang membawa rebah berpolitik. Untuk menutup rahsia jahat, mereka akan menggunakan apa saja cara asalkan cita cita mereka tercapai tanpa menghiraukan soal kepentingan rakyat! Fikir fikirkan lah....

Berita terdahulu: Pasir di Dengkil pula dikorek

No comments: