Wednesday, July 28, 2010

Datuk Sohaimi Shahdan- DAP sengaja bermain api

Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen Dap memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor dilihat sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.



Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata, cadangan agar kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah tersebut sebagai usaha terancang menghalang orang Melayu memiliki hartanah di kawasan bandar.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai melambangkan sikap cauvinis DAP, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang berkata, DAP sengaja bermain api apabila membangkit atau mencadangkan sesuatu perkara yang boleh mengguris perasaan orang Melayu.

“Justeru cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua tersebut perlu menjadi peringatan awal kepada orang Melayu bahawa lebih banyak hak keistimewaan golongan itu akan diganggu gugat jika DAP memerintah.




''DAP memang sentiasa mencari ruang untuk merampas dan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan pelbagai helah terancang dan cadangan Tony itu adalah salah satu daripada contohnya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda, di sini, hari ini.

Ketika mengemukakan cadangan itu Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkan tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan..

Sohaimi berkata, tindakan DAP itu secara tidak langsung boleh dianggap sebagai usaha halus parti tersebut untuk melemahkan orang Melayu daripada memiliki hartanah terutamanya di kawasan bandar.

Beliau juga menggesa pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian mereka berhubung isu berkenaan.

''DAP sudah menunjukkan belang mereka, apakah pemimpin-pemimpin Melayu PKR hanya diam sahaja sedangkan sebelum ini mereka yang melaung-laungkan soal negeri berkebajikan,'' tegasnya.

Oleh: Bro Jinggo

1 comment:

Anonymous said...

Semua MELAYU patut kaji semula.. bermula dari penubuhan hinggake pembubaran parti kominis malaya dan kenap tertubuhnya DAP... Kalau diabaikan.. maka akan terlaksanalah segala matlamat PKM dulu... sesungguhnya kita anak melayu telah sekian lama di tindas secara halus...