Friday, July 16, 2010

Khairy: Perkasa OK tapi Ibrahim Ali ‘too much’

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak kisah dengan matlamat Perkasa yang mahu membantu orang Melayu, tetapi tidak setuju dengan cara ketua mereka Datuk Ibrahim Ali memperjuangkan dasarnya.

Khairy berkata beliau juga sudah berkongsi pendirian itu dengan kawan-kawannya di Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang ditubuhkan Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas, selepas pilihan raya umum ke-12.

“Saya dah beritahu kawan kawan saya di Perkasa, masalah saya bukan pasal matlamat Perkasa. Saya tidak ada masalah dengan matlamat mereka nak tolong orang Melayu.

“Cuma saya tak setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali. ‘He is too much!’,” kata beliau dalam temu bual dengan portal Agenda Daily.



Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk membantu orang Melayu.

“Tapi pendekatan macam Ibrahim Ali buat tu, salah. Saya menentang mana-mana kumpulan ekstrem, baik Ibrahim Ali atau Siqiu atau Hindraf.

“Mana-mana pihak yang guna perkauman keterlaluan, saya akan tentang. Saya tak ada masalah dengan perjuangan menolong orang Melayu tetapi kita kena buat dengan cara yang boleh membantu orang Melayu,” kata menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini.

Pemerhati melihat kenyataan terbaru Khairy ini dijangka menimbulkan kontroversi terbaru selepas perkembangan akhir membabitkan kedua-dua mereka bulan lalu.

Akhir bulan lalu Khairy melabelkan Ibrahim, Presiden Perkasa sebagai “gedebe politik” dan juga sebagai “jaguh politik kampung” ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.

Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.

Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa dan beliau dipertahankan oleh Khairy.


Oleh itu, Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA itu.

Dalam temu bual terbaru ini, Khairy berkata, sokongan orang Melayu kepada Umno sebagai parti politik utama tidak berubah sama sekali.

Katanya, orang Melayu masih bersama Umno dan meletakkan harapan terhadap parti itu bagi melindungi kepentingan orang Melayu.

“Kita tengok mana-mana statistik pun, undi Melayu tak anjak sangat. Majoriti pengundi Melayu bersama kita. Melayu nak pergi ke mana?

“Nak pergi ke Keadilan? Parti itu langsung tak cakap mengenai kepentingan orang Melayu. PAS pun dah keliru. Macam-macam isu mereka ada, contohnya PAS sudah ada pendirian yang lain daripada majoriti orang Melayu. Jadi Melayu nak pergi ke mana?

“Insya-Allah majoriti pengundi Melayu akan sokong BN. Sebenarnya Melayu susah nak disatukan dari dulu sampai hari ini,” katanya.

Berhubung soalan Ibrahim baru-baru ini mendakwa Pemuda Umno gagal berfungsi membela Melayu, Khairy berkata beliau tidak bersetuju langsung dengan ungkapan itu sebab pergerakan itu berfungsi atas pendekatan yang berbeza.

“Bagi orang macam Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin lama, Pemuda ini kena jadi macam ultra memperjuang isu bangsa. Tetapi sekarang ini kita lebih kepada macam mana nak menang pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau menyoal “macam mana nak dapat sokongan daripada semua kaum jika Pemuda buat cara lama.”

Katanya pendekatan yang dimaksudkan Perkasa sebenarnya akan menjauhkan Umno dan BN daripada pengundi-pengundi muda.

“Ramai pengundi muda, tak kira Melayu, Cina atau India tak suka kepada politik yang terlalu berbau perkauman. Kita perlu mengakui perkara ini, maka saya bawa arah baru kepada Pemuda,” katanya.

Kata Khairy, bagi beliau apa yang dibuatnya adalah lebih berani daripada apa yang dituntut oleh Ibrahim.

“Mengikut cara ‘old school’ dia, Ibrahim kata kita hanya berani kalau kita ultra Melayu. Kena berani lawan.

“Tetapi bagi saya, lebih berani kalau kita ambil jalan tengah sebab kita kena hentam oleh pihak macam Perkasa.

“Apa yang dia buat mungkin ramai orang Melayu suka tetapi orang muda tak suka. Tetapi apabila kita ambil ‘centrist position, it takes a lot of courage’,” katanya lagi.

Sumber: Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

Sama juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO. Saya bukan tidak setuju dengan Pemuda UMNO, cumanya say tidak bersetuju dengan Ketua Pemuda UMNO. Mengapa perlu bising dengan tindakan PERKASA? PERKASA tidak akan ujud jika Ketua Pemuda UMNO memainkan peranannya dengan membela nasib Melayu. Mana tindakan Ketua Pemuda UMNO membela nasib Melayu? Bila PERKASA memainkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Ketua Pemuda UMNO, kenapa KJ perlu bising dan melalak tak tentu pasal terhadap PERKASA. Saya juga telah berbincang dengan ratusan akar umbi Pemuda UMNO yang mahukan KJ berundur dengan segera. Pemuda UMNO dibawah KJ adalah lesu bak pondan.

Anonymous said...

jika benar anon diatas org umno, sepatutnya kau berasa malu! membelakangkang konsep 1Malaysia yg dibawa oleh PM!
Kau tak paham konsep yg dibawa oleh ketua pemuda!
Tapi aku percaya yg memberi komen diatas bukannya pemuda umno! dah biasa tengok taktik kotor dari pembangkang! pantang ada peluang sebat!! tembak!! janji umno dgn umno dilaga2kan! PIRAHHH!!!! Taktik murahan~
Perkasa dan pemuda bersatu tetap bersatu mempertahankan melayu!
bukan mcm pembangkang! sampai mati pun tak nak bersatu dgn org melayu! PAShit!!

ziful said...

Agendadaily: Presiden Perkasa, Ibrahim Ali baru-baru ini ada buat kenyataan bahawa salah satu sebab dia tubuh Perkasa kerana Pemuda gagal berfungsi membela Melayu. Komen YB?

KJ : Saya tak setuju langsung dengan ungkapan itu sebab Pemuda Umno hari ini berfungsi atas pendekatan yang berbeza. Bagi orang macam Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin lama, Pemuda ini kena jadi macam Ultra memperjuang isu bangsa. Tetapi sekarang ini kita lebih kepada macam mana nak menang pilihanraya.

Macam mana nak dapat sokongan daripada semua kaum. Kalau Pemuda buat cara lama, benda ini akan menjauhkan kita daripada pengundi-pengundi muda. Ramai pengundi muda, tak kira Melayu, Cina atau India tak suka kepada politik yang terlalu berbau perkauman. We have to admit these things. Maka saya bawa arah baru kepada Pemuda.

Bagi saya, apa yang saya buat adalah lebih berani daripada apa yang dituntut oleh Ibrahim Ali. Mengikut cara old school dia, Ibrahim kata kita hanya berani kalau kita Ultra Malay. Kena berani lawan. Tetapi bagi saya, lebih berani kalau kita ambil jalan centrist sebab kita kena hentam oleh pihak macam Perkasa. Apa yang dia buat mungkin ramai orang Melayu suka tetapi orang muda tak suka. Tetapi apabila kita ambil centrist position, it takes a lot of courage.

Agendadaily : Tidakkah perbezaan ideologi antara Pemuda Umno dan Perkasa akan mengakibatkan kita kehilangan undi Melayu?

KJ: Tidak. Kita tengok mana-mana statistik pun, undi Melayu tak anjak sangat. Majoriti pengundi Melayu bersama kita. Melayu nak pergi ke mana? Nak pergi ke Keadilan? Parti itu langsung tak cakap mengenai kepentingan orang Melayu. PAS pun dah keliru. Macam-macam isu mereka ada, contohnya PAS sudah ada pendirian yang lain daripada majoriti orang Melayu. Jadi Melayu nak pergi ke mana?

Insyallah majoriti pengundi Melayu akan sokong BN. Sebenarnya Melayu susah nak disatukan dari dulu sampai hari ini. Saya dah beritahu kawan kawan saya di Perkasa, masalah saya bukan pasal matlamat Perkasa. Saya tidak ada masalah dengan matlamat mereka nak tolong orang Melayu.

Cuma saya tak setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali. He is too much!. Tolong orang Melayu tak apa, tapi pendekatan macam Ibrahim Ali buat tu, salah. Saya menentang mana-mana kumpulan ekstrim, baik Ibrahim Ali atau Siqiu atau Hindraf. Mana-mana pihak yang guna perkauman keterlaluan, saya akan tentang. Saya tak ada masalah dengan perjuangan menolong orang Melayu tetapi kita kena buat dengan cara yang boleh membantu orang Melayu.

Agendadaily: YB boleh dikatakan Ketua Pemuda Umno yang paling banyak kena hentam dari pelbagai arah. Bagaimana YB boleh tenang menghadapi semua ini?

KJ: Bagi saya, kita memegang amanah. Kita pegang amanah daripada rakyat semasa Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, dan amanah daripada parti yang kita dapat dalam pemilihan parti. Saya bukan dilantik, tetapi dipilih.

Saya dipilih sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda. Saya tidak ada apa-apa jawatan yang dilantik. Bila saya diserang, saya pegang kepada amanah, bahawa untuk setiap orang yang serang saya, mesti juga ada orang yang sokong saya. Jika tidak, mengapa saya dipilih dalam pilihanraya dan parti? Yang penting ialah amanah. Akauntabiliti kita ialah kepada Tuhan. As long as my conscience is clear, apa yang saya buat saya rasa betul dan benda itu baik untuk bangsa dan negara, saya tak terasa tertekan.