Tuesday, July 13, 2010

PAS semakin terdesak, 'halal haram made in PAS'

By: Bro Jinggo

PAS bukan lagi sebuah parti yang benar benar memperjuangkan Islam, perjuangan PAS sudah tersasar jauh dari matlamat asalnya. PAS kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka 'Halal haram made in PAS'.

Menyedari keadaan sudah pasti PAS akan menghadapi masalah berhadapan dengan PRU13. Orang melayu semakin ramai meninggalkan PAS kerana parti ini bukan lagi dianggap sebagai pembela melayu, Islam.

Terkini, BAI’AH dalam Pas menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin Pas yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, Pas memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama Pas.

Memandangkan ini kali pertama Pas Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli Pas yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

Janganlah PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Gunakanlah platform politik untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan orang-orang islam di Malaysia. UMNO Tidak Akan Lupa Di Kafirkan PAS!

4 comments:

Anonymous said...

Ba'iah PAS ini ada tak tertulis dalam Al-Quran dan Hadis? Kalau tak ada, sah PAS sudah jadi PARTI AJARAN SESAT.

last minit said...

Bermakna pemimpin pas tidak percaya kepada wakil rakyat nya sebenar nya ramai yg sudah bosan dengan parti pas ni tapi ada nya aku janji secara terpaksa maka wakil rakyat mereka dengan sendiri terikat dengan aku janji yg gila.

Anonymous said...

aku rasa pas tu dah sama haramnya macam khinzir kot...

Anonymous said...

seharusnya pemimpin yang baik harus di dokong tapi kalau tersesat dalam agama sendiri ???? dia serupa macam org biasa .. lagiponn buat apa kita nak bangga kan pemimpin pas .. dia bukan NABI .. ponn .. kalau ayat da bangsat , bangsat jugak ! fikir sendiri lahhhh...