Thursday, August 12, 2010

Pemuda Kecam Ugutan Peluru Hidup Kepada Tony Pua

Pemuda UMNO hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang telah menghantar sebutir peluru hidup M16 beserta nota ugutan kepada YB Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua.

Sambil menyatakat rasa terkejut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata tindakan mengugut sebegini adalah suatu yang bukan sahaja keterlaluan malahan tidak boleh diterima sama sekali.

"Sungguhpun umum mengetahui bahawa saya dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang saya terajui mempunyai beberapa percanggahan pendapat dengan YB Tony, namun kami beranggapan bahawa tindakan mengugut sebegini adalah suatu yang bukan sahaja keterlaluan malahan tidak boleh diterima sama sekali oleh kita semua selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian", kata Khairy yang di petik menerusi laman web rasmi beliau.

Justeru beliau menyeru kepada semua pihak agar tidak terjebak di dalam kancah polemik spekulasi yang tidak memanfaatkan sesiapa dan seterusnya memberi ruang dan kepercayaan kepada pihak polis bagi menyiasat insiden ini.

"Saya juga berharap agar pihak polis dapat memberi segala jaminan kepada YB Tony dalam soal keselamatan peribadi dan keluarga beliau", ujarnya.

Pada 26 Julai lalu yang, Tony Pua yang juga Penasihat Ekonomi DAP telah meminta kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Cadangan beliau itu telah mendapat tentangan hebat banyak pihak termasuk Pemuda UMNO yang telah membuat beberapa laporan polis.

No comments: