Monday, December 20, 2010

JOM !! - RAKYAT JOHOR KAGUM DGN. KHIDMAT PEMUDA BN.


Rakyat Johor rata-ratanya kagum dengan khidmat yang diberikan Pemuda BN Malaysia melalui Program Jelajah One Malaysia (JOM). Khidmat terbaik JOM Pemuda BN dalam menyelami hati rakyat wajar dijadikan contoh. Malah, apa yang dilaksanakan Pemuda BN ini merupakan satu sejarah yang tidak dapat d`ilupakan.


Sentuhan Pemuda BN yang turun ke kampung-kampung menunggang motosikal bersama Konvoi Bermotor Parlimen Semberong stelah membuktikan bahawa Pemuda BN pembela nasib rakyat. Jelajah Pemuda BN di bawah pimpinan YB. Khairy Jamaluddin yang mendekati rakyat melalui khidmat masyarakat amat proaktif.



Berikut merupakan antara program KHIDMAT MASYARAKAT yang telah dilaksanakan Jelajah One Malaysia (JOM) Johor sepanjang hari ini : -


1. Melawat mangsa kemalangan yang menyebabkan kecacatan penglihatan.

2. Melawat isteri yang baru kehilangan suaminya sehari sebelum program Pelancaran JOM Peringkat Negeri Johor.

3. Penyampaian Kerusi Roda kepada warga emas dan mangsa lumpuh.

4. Penyampaian Beg Sekolah kepada 150 orang pelajar.

5. Membaik pulih 10 buah rumah usang dan yang menghadapi kerosakan termasuklah rumah warga emas.

YB. Khairy juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat Johor yang sentiasa menyokong usaha Pemuda BN membantu dan membela nasib rakyat.

No comments: