Monday, January 24, 2011

Badrul Fail Saman Bagi Deklarasi Sebagai Adun Pelabuhan Klang

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih merupakan wakil rakyat kerusi berkenaan.

Permohonan itu, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, antara lain adalah untuk membuktikan bahawa pengisytiharan Speakar DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kerusinya kosong, adalah batal dan tidak sah.

Notis kekosongan tersebut telah dihantar ke SPR Jumaat lalu untuk memaklumkan mengenainya dan suruhanjaya itu mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil dari tarikh notis tersebut dikeluarkan.

Badrul Hisham diwakili oleh adalah peguam Umno, Hafarizam Harun.

Minggu lalu, kerusi DUN Pelabuhan Klang diistihar kosong oleh Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim kerana kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Sementara itu, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.-Politik Harian

No comments: