Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang: BN Menang Dengan Majoriti 3707

Secara rasmi BN menang dengan majoriti 3707 calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6699 undi calon PAS Normala Sudirman 2992.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

“Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Tahniah kepada BN kerana memenangi kerusi DUN Tenang.. Terbukti BN merupakan parti yang di kagumi dan dipercayai oleh rakyat.. Syabas juga kepada semua jentera penggerak parti BN untuk pilihanraya kerana menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang dan semangat juang yang tinggi seterusnya memperolehi kemenangan untuk parti! -PolitikHarian

No comments: