Thursday, January 27, 2011

Rapatkan Barisan, Waspada Taktik Akhir PAS


Sepanjang lima hari berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kedudukan Barisan Nasional (BN) terus berada selesa di depan namun Petugas pilihan raya BN dan pengundi diingatkan agar berwaspada dengan taktik kotor PAS menjelang dua hari sebelum hari mengundi pada Ahad nanti.

Ini jelas dapat dilihat di mana jentera Pas sudah mempergiatkan serangan mereka terutama menabur fitnah terhadap calon BN dan mengelirukan pengundi dengan pelbagai risalah serta kempen dari rumah ke rumah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pakatan pembangkang terutama Pas akan menggunakan pelbagai cara pada saat-saat akhir demi memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

“Terdapat banyak kemungkinan apa yang akan mereka lakukan kerana terdesak seperti menabur risalah-risalah bagi mengelirukan pengundi.

“Oleh yang demikian kita mahu para petugas agar bekerja sehingga ke saat akhir agar kubu masing-masing tidak ditembusi oleh anasir-anasir sedemikian,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Skuad Sayang anjuran Wanita UMNO di Felda Chemplak Barat.

Ahmad Maslan turut mengingatkan generasi muda Felda agar tidak terpesong dengan dakyah Pas kononnya BN tidak pernah berjasa kepada masyarakat Felda.

“Kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional yang menubuhkan Felda telah mengadakan sekolah, universiti dan peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda.

“Jangan anggap itu bukan jasa Barisan Nasional dan kejayaan yang dikecapi generasi muda tidak datang atas usaha mereka sendiri tetapi dengan secara langsung atau tidak langsung dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Program itu dianjurkan Wanita Umno bagi merapatkan lagi hubungan Umno dengan penduduk Felda Chemplak Barat itu.-Politik Harian

No comments: