Thursday, July 21, 2011

560 CS, Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Israel


Tuduh terdesak yang dilemparkan oleh Puak Pembangkang:

"Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit."

Kenyataan PDRM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya.


Inilah namanya taktik kotor yang didendangkan oleh pihak pembangkang. Salah satu cara utama mereka nak raih simpati kepada rakyat ialah memberi keyakinan bahawa PDRM ini kejam! Kalau pihak Polis tak saman Adun Sri Muda yang terdesak, belagak pandai tu dah kira nasib baiklah.

Kes Shuhaimi Adun Sri Muda:


Menghina Sultan

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Puak pembangkang dh x ada isu... Tu yg melalut-lalut... Suruh PDRM saman je!

Anonymous said...

abis yg polis kita tentera kita guan m16 tu israeal pun pakai adakah itu jugak sama...CS buat USA negara punjaan aljuburi al tangguh2 kes.. mana ada negara Islam buat benda tu semua..abis yg kau org guan handfon tu teknology mana pulak..kelantan, selangor atau penang...sudah la...nak spin jgn spin bebal woooi

Anonymous said...

Kalau dah Bebal ..Bebal jugalah..Dah xda issue createlah mcm2 cita..Adun2 yg byk buat tuduhan tuu jng bagi muka. Jgn ingat dah pandai sangat semua hal mereka saja yg tahu..Kalau ada Akta yg bolih mendakwa mereka ni siasat dan dakwa. Jadikan contoh pada yg lain supaya jgn sesuka hati menuduh dan menyusahkan org ramai utk miliage Politik Kotor mereka.