Monday, July 18, 2011

Jenazah Dr Lo' Lo' Selamat Dikebumikan


Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.

Kira-kira 2,000 orang ramai hadir termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberikan penghormatan terakhir.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.


Artikel menarik hari ini: Blogger PAS Menentang Keputusan Hadi Awang

2 comments:

Anonymous said...

al fatihah

Anonymous said...

besar pengorbananya sebagai seorang doc....

Al fatihah...