Thursday, July 21, 2011

Manifesto Palsu: PAS Kedah Terus Diasak


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah akan terus menyoal dan menuntut penjelasan kerajaan Pas Kedah mengenai manifesto parti itu pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengelak daripada menjawab soalan tentang manifesto pilihan rayanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu dilihat sebagai membelakangkan permintaan rakyat.

Menurut kata Datuk Ahmad Bashah, kerajaan negeri tidak boleh mengenepikan soalan tersebut dengan alasan buku mengenainya sudah diedarkan.

“Ia cuma jawapan untuk melepaskan diri. Kerajaan negeri boleh kata buat buku dan edar kepada rakyat tentang kejayaan manifestonya, namun penjelasan harus diberikan oleh Menteri Besar sendiri secara terperinci.

“Kerajaan negeri sepatutnya berani menjawab apa juga persoalan yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN itu berkaitan manifestonya demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi 2011 Kanak-kanak Kemas Parlimen Alor Setar di sini hari ini yang disertai oleh lebih 1,000 murid-murid tadika tersebut.

Ahmad Bashah menambah, rakyat masih mempersoalkan janji-janji pilihan raya kerajaan Pas Kedah tersebut.

“Tiada apa yang perlu mereka takutkan jika benar hampir kesemua janji dalam manifesto tersebut terlaksana. Seharusnya mereka berani menjawab apa juga persoalan tentangnya,” katanya.

2 comments:

Bekas Ahli PAS - Salehuddin said...

sy amat kecewa dgn pas.... semenjak bergabung dengan DAP dan PKR, Pas dilihat semakin pincang dan tidak mempunyai pendirian yg tegas... lbh baik pas bersendirian seperti dulu... bebas utk membuat keputusan.

hangkedee said...

PAS-Parti Islam seMalaysia...

P= Parti
A= Aslam,Bukan Islam.
S= semalaysia

Dari nama pun tak betul macam mana nak perintah negara.Layak jadi belacai Cina Dapig lah mereka.

Pok nik sebut Negara Isle.Bukan Islam.Itu baru betul.sebut terang terang...spt P.Ramle.Itu pun macam fatwa fatwa keluar dari mulut Pok nik....kasihan juak juak Pas mengikut sperti anak buah Ayah PIn.