Saturday, July 30, 2011

Pembebasan PSM06 Mengundang Kemarahan Orang Ramai


Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengundang kemarahan orang ramai, rata-rata menyatakan ketidak puas hati mereka kerana PSM boleh mengugat keselamat rakyat dan negara.

Terdahulu PSM dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

Mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara.


Logo berbentuk tangan adalah logo yang digunakan oleh komunis


Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.

4 comments:

Anonymous said...

pengkhianat negara sudah keluar, tak lama lg bertambah kecoh lah malaysia ni.

Anonymous said...

X FAHAM KENAPA KERAJAAN LEPAS KAN MEREKA???TOLONG JELASKAN WAHAI MENTERI KDN.

Anonymous said...

Tak perlu risau...perisik ATM sentiasa memerhati...

paktua said...

Awasi setiap petualang yang pernah mencuba untuk menghuru-harakan negara....