Friday, August 19, 2011

Pas gagal jadi Talam Dua Muka JAIS Dan Gereja Di Selangor - Ungku Salleh


Setelah dibidas oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggelarkan Pas sebagai dayus berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pemuda Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menganggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untik berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,”katanya.

Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.

Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.

Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menagguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.

Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.

“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, Serban dan Kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -Pemuda Umno

No comments: