POLITIK HARIAN: Saiful Mengadu Sakit... Ada Objek Di Masukkan Di Bahagian Dubur Dan Diliwat 'VIP' - Saksi

Tuesday, August 23, 2011

Saiful Mengadu Sakit... Ada Objek Di Masukkan Di Bahagian Dubur Dan Diliwat 'VIP' - Saksi


Saksi kedua pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dr Muhd Osman Abdul Hamid yang melakukan periksa terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan di hospital Pusrawi memberitahu, dia memeriksa pengadu pada 28 Jun 2008.

Saiful kata saksi mengadu sakit di bahagian dubur selain mengadu diliwat oleh seorang 'VIP'.

Dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.


Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".

Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.

Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.

Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.

Dr Osman memberikan keterangan selama kira-kira 30 minit.

Dr Osman merupakan saksi pertama memberi keterangan hari ini dan dijangka dua lagi doktor pakar akan dipanggil pihak pembelaan.

Kedua-dua doktor tersebut merupakan pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

3 comments:

Anonymous said...

koyak tak dubur saipol kena taji??

Anonymous said...

anwar beri keterangan semalam tidak angkat sumpah??? kenapa anwar takut?

Che'Gu Disiplin said...

blom dpt nasihat dr ulamak dia le tu. dh tu dh samakan diri dgn mandela pulak dh.
dia dh tahu dia akan masuk jail. so dia nk tinggalkan impak / persepsi seolah-olah dia ni mcm mandela. konon2 bila keluar jail nti boleh jd pm.