Tuesday, September 27, 2011

Isu Johor: Lim Guan Eng Kantoi Menipu!


Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong pula! Baca ayat yang digariskan di bawah. Ini bukan sumber dari TV3 tetapi daripada sumber Malaysiakini yang cuba mempertahankan penipuan Guan Eng. Kesimpulan ayat tersebut memberi maksud yang sama bahawa Guan Eng telah memburukkan Johor di mata pelabur. Hendak nafi apa lagi Guan Eng?



Sepatutnya Guan Eng saman Malaysiakini bukan Bernama dan TV3. Ini bukan kali pertama Guan Eng cakap berbelit. Dalam isu khutbah Jumaat, Guan Eng tipu. Dalam isu duit lumba kuda, taktik pembohongan yang sama digunakan Guan Eng.

Memang layak Guan Eng dilayak lidah bercabang dalam beberapa isu yang lain termasuklah kes ucapannya menghina Johor sebagai tempat tidak selamat. Kes jenayah berlaku merentas sempadan negeri, ianya adalah satu tanggungjawab bersama untuk diselesaikan. Malah di Pulau Pinang pun ada kes jenayah (baca sini). Di Kelantan yang banyak kes HIV/AIDS, hendak disalahkan siapa pula? Salahkan pihak yang telah mentadbir selama 21 tahun tersebut?

Baca lagi di blog Angin Perubahan

4 comments:

Anonymous said...

Salam. Kalau begitu, eloklah dikeluarkan polis yang mungkin berlebihan di Island Pulau Pinang dan tempatkan di Negeri negeri lain.

Anonymous said...

Dasar komunis..

Anonymous said...

Sememangnya orang-orang kolot sahaja yang akan setuju dengan tulisan si-penulis ini.

Nampaklah jelas yang slogan Najib 1-Malaysia telahpun gagal kerana masih ada ramai warga Malaysia yang mengamalkan sikap benci-membenci antara satu bangsa/kaum dengan yang lain.

Ikhlaslah hati dan akui sahajalah siapa daripada yang bangsa Malaysia kalian yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketidakharmonian antara kaum-kaum di Malaysia.

Anonymous said...

Salam. Saya masih tidak memaafkan orang yang mengkafirkan orang Islam lain dan memecahkan belahkan umat Islam melayu.