Wednesday, September 7, 2011

Khairy Buru Mat Sabu! "Anytime Mat"

KJ: Saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, bukan beliau yang hendak sangat berdebat mengenai kontroversi kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong, tetapi dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menjayakan program mereka.

Sehubungan itu kata Khairy, beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.

"Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan," katanya.

Terdahulu Khairy menyifatkan Mat Sabu sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri," katanya lagi.

Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang semalam.

Dua jam sebelum itu, Pemuda PAS pusat menghantar surat jemputan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.
Surat yang dialamatkan kepada Khairy diserahkan oleh Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Pejabat Pemuda UMNO.

"Sekadar memberi penjelasan dan perkembangan terkini tentang isu debat... semua ini bermula bila saya dijemput oleh kerajaan Kelantan untuk debat dengan Mat Sabu.

"Saya setuju dengan jemputan tersebut. Pengajur pernah jemput saya debat (dengan Exco Kerajan Negeri Kelantan, Datuk Paduka) Husam Musa beberapa tahun lepas," kata Khairy merujuk kepada wacana yang berlangsung di Kota Baru.

Khairy juga berkata Mat Sabu yang tidak mahu "berdebat (dengan) saya dan menolak perkara ini kepada Pemuda PAS."

Khairy menambah, kerajaan Kelantan juga memaklumkan kepadanya bahawa PAS pusat tidak membenarkan Mat Sabu debat dengannya.

"Sekarang tawaran (Ahli Parlimen Shah Alam) YB Khalid Samad pula. Jadi, sekarang Mat Sabu tolak ke (kepada) Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga tawaran!" kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Bagaimanapun kata Khairy, bagi beliau yang penting Mohamad sebab beliau adalah punca kepada kontroversi semasa.

"Mereka nak tawar orang lain tak pa, tapi asal KJ (Khairy) melawan Mat Sabu," katanya lagi.

Mengenai debat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Khalid, Khairy berkata, beliau sudah pun 'debat' atau 'berforum' dengan kedua-dua mereka masa dulu tentang pelbagai isu.

"Jadi, tak timbul isu saya tak nak berdepan dengan mereka. Perkara itu sudah berlaku. Lawan (Nasrudin) Tantawi di Sinar (Harian) dirakam dan ada di YouTube.

"Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari kerajaan PAS Kelantan," katanya.

Kata Khairy, beliau tetap akan menanti kehadiran Mohamad dan sama ada "dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Anonymous said...

‎2 orang abang ipar aku ialah anggota polis sezaman Bukit Kepung. Arwah Taib, dan seorang lagi baru 2 tahun arwah, Srgt. Aris Musa (diiktiraf polis 3 zaman oleh PDRM). KPN pernah menziarahnya semasa penghujung hayatnya. Abang Aris mewasiatkan kpd keluarga supaya semua barangannya yg berkaitan dgn polis diserahkan kpd muzium polis apabila ia meninggal dunia. Abang Aris meninggal di kg. halaman Air Hitam Kluang, Johor. Kedua2 abang ipar aku pernah bertugas dimerata pelusuk tanah air.