Monday, September 26, 2011

NGO Marah Dengan Kehadiran Mat Sabu Di Seremban! #marxsabu


Kemarahan segelintir pihak terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu (gambar) sampai ke kemuncaknya apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 80 orang itu berhimpun 50 meter dari tempat majlis berlangsung sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran pemimpin tersebut ke negeri ini berikutan kenyataannya yang menghina pejuang negara baru-baru ini.

Mereka yang berhimpun seawal pukul 8.40 malam itu turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk Mat Sabu.

Perhimpunan tersebut yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan aman bertukar menjadi panas seketika apabila Mat Sabu mengambil giliran menyampaikan ceramahnya kira-kira pukul 10.15 malam.

Selang beberapa minit Mat Sabu menyampaikan ucapannya, beberapa peserta perhimpunan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan berlaku tolak-menolak dan pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Dalam kekecohan tersebut, beberapa tetamu turut cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Namun, kekecohan yang berlaku selama kira-kira 15 minit itu terlerai dengan kehadiran anggota polis yang kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak agar bertenang.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya hampir satu jam sebelum majlis berkenaan berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Dalam pada itu, jurucakap NGO terbabit, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan tersebut bagi mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana menghina pejuang kemerdekaan.

‘‘Ramai yang hadir pada perhimpunan ini adalah bekas tentera yang terguris dan rasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

‘‘Kami mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara ini,” katanya di sini semalam.

PERKASA Rentap PAS di Ceramah Mat Sabu

5 comments:

Anonymous said...

camne x x army yg lain yang kuat mendokong Pukitan rakyat dan hamPAS?

nok said...

Yg ngok tu tetap ngok le jugak nak buat mcm mana...sbb negara demokrasi...puak2 ni bila kena sogok sikit mula lah nak guling2 atas jln raya....pencen dah segala kemudahan dari gomen jugak ...lepas tu join pembangkang...ini lah munafik namanya...Tempat saya bekas Panglima TLDM pun ada join parti pembangkang...dulu masa dlm perhidmatan bukan main gunakan kemudahan k'jaan...dah bersara join pembangkang....adil ke tu ???

GOMO said...

Baguslah..

Masuk lagi rumah orang tak bagi salam..

haha..baru sikit je tu bro..hahaha

Anonymous said...

Salam. Bila lambang PAS nak tukar jadi 3 bintang?

Anonymous said...

kalo pasal islam melayu punyela penakut nak berkumpul ramai2 kan? pasal sejarah n ntah pape lagi menggelintin sorang-sorang..bodoh! stupid malay!