POLITIK HARIAN: Video Dan Gambar Insiden Rompakan Restoran Mamak... 'Shah Alam Bukan Lagi Tempat Selamat'

Thursday, September 8, 2011

Video Dan Gambar Insiden Rompakan Restoran Mamak... 'Shah Alam Bukan Lagi Tempat Selamat'


LIMA perompak yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang memasuki restoran India Muslim di Seksyen 15, Shah Alam kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, sebelum meragut barang kemas seorang pelanggan di premis terbabit.


SEKUMPULAN perompak terbabit merampas komputer riba milik pelanggan.


TIGA daripada kumpulan perompak itu turut melarikan 
mesin duit yang diletakkan di kaunter premis terbabit.


Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden rompakan di sebuah restoran India Muslim di Seksyen 15, di sini pada 28 Ogos lalu yang turut disiarkan dalam beberapa laman web dengan entri bertajuk ‘Shah Alam bukan lagi tempat selamat’.

Beberapa saksi kejadian juga sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan polis masih berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata orang ramai diminta jangan panik selain tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian terbabit.

“Polis akan berusaha mengesan kumpulan yang bertanggungjawab dan pihak kami tidak boleh dedahkan berapa ramai saksi yang dipanggil atau sama ada semua suspek sudah dikenal pasti atau tidak kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

5 perompak tu akan MATI tunggu & lihat. Dlm masa 40 hari kalau tak serah balik brg itu kami akan buat sesuatu!!