Tuesday, October 4, 2011

20 Tahun Rakyat Kelantan Minum Air Kotor


Dalam hiruk pikuk kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan, ramai pihak tertanya-tanya apakah beliau selaku Menteri Besar telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat negeri itu dari pelbagai sudut termasuklah soal fardhu kifayah.

Masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan, masalah kebersihan dan pelbagai masalah sosial lain yang dituturkan menyebabkan kesungguhan Nik Aziz dalam soal hudud menimbulkan persoalan.

Memang betul dan sememangnya diakui Hukum Hudud adalah yang termaktub di dalam Al-Quran dan sebagai umat Islam, perkara itu harus ditaati dan dilaksanakan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika mengupas isu berkenaan turut mengakui perkara itu dan sama sekali tidak menolak hukum hudud, namun beliau menyatakan untuk melaksanakan hukum berkenaan ianya perlulah dalam keadaan benar-benar bersedia.

“Atas dasar itulah saya bersetuju persoalan yang dibangkitkan di atas yang mana apakah Nik Aziz dan pimpinan Pas lain telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kelantan. Kebersihan contohnya adalah sebahagian daripada iman.

“Begitu juga soal kebajikan untuk rakyat seperti masalah air bersih yang berlarutan hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Ini juga fardhu kifayah. Dan saya sama sekali tidak tentang hasrat Nik Aziz untuk laksanakan hudud di Kelantan.

“Cumanya saya ingin tahu apakah persoalan yang dibangkitkan itu sudah benar-benar diselesaikan atau sebaliknya. Kalau dah berjaya di selesaikan Alhamdulillah…dan kalau belum, jenguk-jenguklah perkara berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya mencabar Nik Aziz dan Pas agar membawa hudud ke Parlimen untuk dibentangkan.

“Saya setuju sangat-sangat kalau perkara ini dibawa ke Parlimen dan saya percaya UMNO tidak ada masalah dalam soal ini bagi memberi laluan untuk Kelantan melaksanakannya.

“Tetapi saya nak lihat apakah wakil rakyat DAP akan mengangkat tangan semasa pindaan itu dibuat nanti. Jika melihat nada terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh, rasa-rasanya Pas fikir dua kali,” katanya. -MediaUMNO

1 comment:

nik zaiz said...

masyaallah, kelaurga kami berasal dari kg. simpangan tumpat. kami alami sendiri, sejak hampir 20 th, emak kami bangun pagi pagi sekitar jam 2 pagi, tadah air dalam bekas untuk kegunaan keluarga. kalau musim raya tak sah cakap lah, tuhan saja yang tahu siksanya. apakah kerjaan nik aziz tak tahu perkara ni. ni bukan nak suka-suka cakap. apapun kami semua dah lali dan habis nak marah dah. Ya Allah, bantulah kami, tolonglah kami.