Thursday, October 6, 2011

Liwat II Anwar is Dead!: Saksi-saksi Yang Dibawa Anwar Jadi Bahan Ketawa


Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata beliau “simpati” dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditertawakan orang ramai berhubung perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.

Menurut beliau langkah Anwar membawa saksi seperti Dr. Brian McDonald dan sebagainya ke mahkamah diperkatakan umum apabila dilihat tidak membantu beliau untuk berdepan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh tokoh pembangkang terbabit.

“Saya sedikit pun tidak berniat untuk mempertikaikan usaha para peguam Anwar berhubung langkah berkenaan. Dan saya sama sekali tidak berniat untuk menghina mahkmah. Dan saya juga tidak berniat untuk menggangu perjalanan perbicaraan tersebut.

“Cumanya saya simpati dan orang ramai juga keliru kerana saksi yang dikemukakan di mahkamah seolah-olah menjerat diri beliau sendiri.

“Adalah lebih baik dan wajar Anwar mengemuakan saksi seperti pemilik rumah, orang gaji atau pun mereka yang sedia menawarkan diri menjadi saksi kepada Anwar seperti Ezam Mohd Noor, Datuk N.Nallakaruppan, Anuar Shaari dan sebagainya lagi sebelum ini yang beriya-iya menyatakan kesediaan untuk dipanggil.

“Namun Ezam dan bebeberapa bekas pimpinan PKR sebelum ini termasuk bekas peguam Anwar dahulu, Datuk Zulkifli Nordin tidak dipanggil. Sebaliknya yang lain pula dipanggil. Apa pun terpulanglah kepada Anwar tetapi saya cukup bersimpati kerana orang ramai bercakap dalam soal ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada Dr. Brian McDonald bahawa, beliau bukannya pakar DNA sepertimana diputuskan oleh sebuah mahkamah daerah di Australia semasa perbicaraan satu kes jenayah pada 2007.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semasa membacakan keputusan mahkamah di Barat Australia itu berkata, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan perintah bahawa McDonald tidak dibenarkan memberi keterangan sebagai pakar selepas memutuskan keterangan McDonald tidak boleh diterima.

Zahid seterusnya berkata beliau bukanlah pakar dalam perundangan, namun melihat kepada perkembangan perbicaraan berkenaan, perbualan orang ramai di bawah seolah-olah ada kebenarannya.

“Saksi yang dikemukakan ke mahkamah seolah-olah tidak ada relevan. Pada waktu dan saat ini, saya nampak Anwar kurang cerdik kerana memanggil saksi yang pada saya bukan relevan. Orang ramai ketawakan beliau dan itulah yang saya simpati sangat-sangat,” katanya. -MediaUMNO

3 comments:

Dot said...

Tuan,

nwar memang suka orang ketawa sbb dia gemar jadi badut...dah lamaaa daaah!

Anonymous said...

memamg sah....annuar mati pucuk.....hahahahahaha....masa tu je, masa laen x pun.

Anonymous said...

allah saja yg tahu sape yg bersalah.knp kes lain x jdkan tajuk utama?nie la dunia malaysia skrg.nie ker dikatakn negara merdeka?ala kalu n ckp pasal gay nie tu ha kat KL byk gila club gay knp x serbu jdkan tjuk utama?ala biase la nie la cara utk menjatuhkan ahli politik(cara skandal seks).ini la politik zaman skrg so ape aku ckp nie hanya luahan hati aku,xde kenemengena gan sape2 pn..kalu ade pihak terasa aku mintak maaf..salam...