POLITIK HARIAN: Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi

Thursday, October 6, 2011

Liwat II : Mahkamah Putuskan DS Najib, Rosmah Tidak Perlu Jadi Saksi


Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak perlu tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

No comments: