Saturday, October 1, 2011

Penduduk Gombak Berang Dengan Ustaz PAS Yang Sentiasa Mainkan Wayang Dalam Masjid!


Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.

Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.

Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.

"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.


"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu hari ini.


Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.


"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.

Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.


Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.

Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.

Puak PAS bila di beri kuasa macam nilah jadinya!

9 comments:

Anonymous said...

Tak da seekor penyokong HamPAS bari komen dlm perkara ni. Tau pasal apa? kerana mereka terkejut beruk. Mereka ingat semua orang suka/terima bulat-bulat perbuatan mereka tu. Ustaz berkenaan perlu tanya diri sendiri, siapa yg bayar elaun ceramah di masjid tu? AHLI PAS KE atau dari tabung sumbangan orang ramai. Sedarlah diri tu sikit. Nasib baik mereka demonstrasi. Kalau "naik kerusi" ke muka baru padan. Syabas orang minang GUMBAK. Anda penegak kebenaran. Jangan biarkan Masjid jadi MARKAZ HAMPAS.Jangan biarkan cacing naik ke mata...

Anonymous said...

pENDUDUK gOMBAK bERANG,

Berjuang atas SEMANGAT MINANG atau TAKSUB UMNO?

Kalu atas Semangat Islam, OK, tapi jika tidak.... atas dasar assobiyyah ketaksuban duniawi UMNO ... Wahai minang, bahaya tuuuuuuuu.... dok subhat tegakkan kerajaan "taghut" UMNO/BN.....

Anonymous said...

amboi sedapnya bahasa orang AMNO ye...? Sedarlah sikit orang AMNO yang Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat.
Untuk dikongsi semua, apa yang aku tahu...Ustaz yang terbabit tu (Imam 2) ada menegur Imam Tua pada pertengahan bulan Ramadhan dulu bersama Bendahari Masjid yang dikatakan telah menyalah gunakan kewangan dan hasil kutipan/derma masjid berkenaan. Malah telah mengaku dalam mesyuarat masjid mengatakan ada wang RM8k di dalam akaun peribadi beliau adalah wang masjid dan telah memaklumkan kepada ahli keluarganya untuk kembalikan kepada masjid jika di meninggal dunia. Selain itu, ada lagi teguran yang dibuat berkenaan peruntukan belanja makanan setiap hari di bulan Ramadhan yang berjumlah RM1k sehari yang dikatakan terlalu tinggi yang diserhakan kepada menantu Imam Tuan sendiri. Teguran telah dibuat oleh Imam 2 untuk mengasingkan wang berkenaan di rumah Imam Tua dengan kehadiran Bendahari masjid agar tiada yang diaibkan. Malah perbincangan dan teguran terbabit telah direkodkan oleh Ustaz terbabit dengan pengetahuan Imam Tua sendiri dan sebagai bukti perbincangan. Disangkakan teguran itu dapat menyelesaikan masalah penyelewengan kewangan masjid berkenaan yang sekian lama berlaku. Tetapi sebaliknya berlaku bila anak, penyokong dan cucu Imam Tua telah mendatangi rumah Ustaz itu beberapa kali malah juga berlaku pertelingkahan di masjid juga. Perkara ini melibatkan pihak polis kerana ada laporan dibuat oleh Ustaz tersebut. Perkara ini berlanjutan lagi bila pihak yang menyokong Imam Tua telah menulis surat kepada JAIS dan pihak DYMM Sultan Selangor agar mengambil tindakan terhadap Ustaz terbabit. Ustaz itu juga telah mendapat sokongan beberapa qariah masjid dan penduduk kampung yang bersimpati dan mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan penyokong Ustaz juga telah dcederakan oleh penyokong Imam Tua dan ada laporan polis telah dibuat mengenainya. Sehingga demonstrasi yang dilakukan selepas sembahyang Jumaat lalu oleh beberapa orang penyokong Imam Tua yang (mungkin 15-30 orang bukan 100 orang seperti yang diwar-warkan oleh akhbar berkenaan) diketuai oleh En. Zakaria iaitu JKKP di kawasan berkenaan. Bila perkara ini telah burukkan oleh pihak tertentu, maka yang berlaku adalah seperti hari ini!
Untuk peringatan semua janganlah hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan jangan memburukkan keaadaan kerana akhirnya ibarat meludah kelangit terjatuh ke muka sendiri akhirnya.
Jika sekiranya ada pihak yang bertanggung jawab terpanggil untuk menyiasat perkara sebenar, boleh lah melakukannya dengan sedikit maklumat yang tidak rasmi ini. Mungkin boleh menyoal siasat semua AJK masjid berkenaan apa yang sebenarnya berlaku. Untuk pengetahuan AJK masjid berkenaan terdiri dari pihak PAS/PKR dan UMNO. Siasat semua sekali! Biar adil! Jika ada kes dan perlu diketengahkan, segerakan tindakan. Ingatlah ALLAH sentiasa di pihak yang benar! Tak boleh kita semua orang Melayu Islam berada di bawah ISLAM yang sebenar? Semoga ALLAH melindungi kita semua! Amiiin..
Maaf lah kalau tulisan aku tidak seberapa kerana aku rasa perlu untuk menyatakan sesuatu untuk dikongsi bersama untuk dinilai oleh semua.
Sekian.

Anonymous said...

saya memang tak solat kat masjid tu coz..imam tu bukan nak ajak umat bersatu..tapi suka tengok org.islam berpecah belah dan tabur fitnah..itulah imam hasil dari HamPas...kalapeih wak ang..taberak tangah labuah ...Masjid Al-Syakirin the best..x politik murahan...aku anak minang gumbak ori

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya ni cucu sedara pada "IMAM TUA" terbabit, HJ.HABIB...
1st of all, sy nk mntk maaf andai ada terkurangajar dlm komen sy ni...
kisah sbnar yg blaku is ustz WAN NASIR bukan MENEGUR ttapi dia MENUDUH dan MEMFITNAH HJ.HABIB trsebut SONGLAP DUIT MSJID...walhal dia x tau yg imam tua tu lg kaya-raya drpd dia..imam tua trsebut ada bnyk rumah sewa kat daerah gombk ni,dia ada bnyk properties yg dia kumpul wktu dia muda dulu...so, xda sbb ustz tu nk tduh imam tua tu songlap duit msjid..sedangkan ustz tu pun duduk RUMAH SEWA MSJID yg DIWAKAFKAN kpd GLONGAN KASTA RENDAH..ttapi imam tua tu ada rumah dia sndiri yg dibina BERPULUH TAHUN dulu..dah BERPULUH-PULUH thun imam tua tu jd pengerusi msjd lama batu 6 ni, tp knapa bila wan nasir ni dtg, trus jd huru-hara...adakah bnar apabila seorang USTZ yg mempunyai qualification tergamak MENUDUH imam tua tu bnda2 yg nonsens tnpa selidik ltar blkang imam tua tu terlebih dahulu..
ni nk cerita satu KISAH BENAR...pnyokong kuat USTZ WAN NASIR, iaitu HJ. IKRAM, hnya suka BERMAIN WAYANG...dia ske blagak alim dan baik..tp sbnarnya dia MUNAFIK...dia dulu pnah GELAPKAN DUIT DI MSJD AS-SYAKIRIN,GOMBAK dan dah DIMASUKKAN DLM LOKAP selama 2 MLM...dia jgak pnah KELEPET BEG SEKOLAH untk ANK2 YATIM..sbb tu dia DIBUANG dr msjid AS-SYAKIRIN...
to bloggers skalian..msjid lama batu 6 tu, nenek moyang kami yg bngunkan, kerdas 4 tu, nenek moyang kami yg bermati-matian untk majukan...kmpung kerdas 4 dan msjid lama tu HAK KAMI...kami x da niat nk memonopli pntdbiran msjid tu, cuma jngan ske MENABUR FITNAH kpd insan yg dah lama menyumbang bakti dlm msjid lama tu...
lg 1, to other bloggers, kami ni berjuang bkan sbb POLITIK UMNO, tp ini disebabkan MARUAH KELUARGA KAMI...!!! jngan ske ingat kitorg ni TAKSUB sngat ngan politik sbb imam tua tu pnyokong PKR and ank2 buah dia plak pnyokong UMNO,,, jd, mana dtg nya unsur politik..!!!
jngan ske buat andaian sndiri..

Anonymous said...

Apa-apa pun umberok yang pegang sepanduk tuh...dah gila meroyan..ye la takkan nak patah balik ikut pahaman Islam sebenar..kan sebelum nih pun diorg dah belajar Islam cara umberok..dalam hati dah was-was dgn ajaran islam umberok...tapi malu la nak pi sokong pas pulak..jadi baik pujuk diri sendiri bahawa yang ajaran islam umberok tuh memang yang sebenar2 diredhai Allah...tapi malam isap ganja.Woi! umberok bodoh...org melayu dah lama tak mau kat hang pa semua la...jgn nak paksa2 suruh org percaya yang parti umberok masih ada org nak lagi...aku peduli apa kau cucu sedara imam tua...jgn lahirkan puak2 tabligh yg malam isap paipon & balut ganja masa zaman umberok perintah dulu...umberok dah terpepeh tergolek kat gobak nih..agak2 la bro(ada komen boleh joint@ add FB-Jom Lawan Umno)

Anonymous said...

kpd cucu sedara imam tua.

isu ni isu keluarga, masyarakat kita dan agama kita. kalau yer pun ustaz wan nasir sebar fitnah, duduk bincang cara baik utk settlekan masalah.

kalau yer pun masjid tu nenek moyang yg bangunkan tak perlu nak ungkit2 kang sia2 je sedekah dan amal jariah baik tu. yg berilmu lebih paham mende ni.

bila dh diwakafkan institusi masjid jd pengurusan nya perlu la professional. kenapa duit jemaah nak simpan dlm akaun sendiri.

baik shj tukar nama masjid tu kpd nama masjid lama keturunan hj habib. biar semua jemaah tahu.seperti sebuah surau di pantai dalam diberi nama tuannya dan dijaga oleh keluarga tuannya.cermat & bersih pengurusannya.

dilihat demonstrasi tu bukan majoriti penduduk, tetapi lebih kpd anak beranak, sepupu sepapat & kroni2 je.merancang.

pemimpin umno patut lebih adil menilai kes ni. bukan dinilai dr segi kronisme & nk cari publisiti murahan je.

apa pun islam ni akhirnya kene tegur menegur cara baik bg membetulkan kesilapan. kita ni org islam pusing pusing balik pn ke situ jg. kita sygkan kariah kita dan penduduk kita. semoga penduduk islam kita bersatu. insyaAllah

Anonymous said...

sy maksudkan adlh pemimpin umno setempat.... knp melenting xtentu pasal & bersikap ultra rasis ?

kalau pemimpin umno setempat bersikap adil, ia lebih di sygi penduduk setempat.pilihanraya semakin dekat, tlg jgn buat tahik dgn mencalar imej umno yg sudah sedia gah

umno sebuah parti yg gah dan di hormati

jgnlah kerana nila setitik habis susu sebelanga.

kami syg kariah kami. tlg la bersikap adil.

Anonymous said...

Ustaz wan nasir tu ustaz ke? Ceh.. Org x kenal dia dok sokong sbb sealiran PAS? Hampeh! Dia tu konon je alim! Tp xbertangjungjwb.. Org y xde talian saudara xkenal dia.. Tp da kenal.. Sy y jauh lg muda mmg xhormat dia.. Sbb laki dagus n xbertangjungjwb.. Lpskn tggjgwb mcm itu je.. Eeeeee nk je bgtau ape y dia buat.. Pak kal la msh keluarga dgn dia.. Skrg ni sy sbr dulu.. Tgk kn.. Tggu mase sy snd pegi lempang dia!