Sunday, October 2, 2011

Pulau Pinang: Kerana Tertipu, 37 Ahli Pas Keluar Parti Sertai UMNO


Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.


Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua Azhar Zainal Abidin.

Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.

“Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat,” katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.

“Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.

“Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah BN cawangan Bakau Tua yang dapat membuat satu kejutan pertama dan saya Warga Sebelum Merdeka mengharapkan lebih ramai ahli-ahli PAS akan keluar beramai-ramai. Jangan lupa bila ada ahli PAS yang akan keluar beramai-ramai ianya mesti diwar-warkan kepada umum dan dimasukkan kedalam blog.

Nasihat wara sebelum merdeka kepada ahli-ahli PAS yang tidak berbaiah boleh lah berbuat demikitan. Pesanan saya kepada Ahli-ahli PAS yang belum berbaiah supaya jangan sekali-kali melakukan perkara itu pada pilihan raya yang akan datang.

Bagi yang sudah berbaiah boleh keluar dari parti itu tetapi jangan masuk mana-mana parti terutama UMNO kerana talak 3 yang anda lafazkan akan terpakai. Kalau kenyataan ini kurang tepat sila lah rujuk kepada ulamak-ulamk yang muktabar dan bukan ulakdalam semak.

Marilah beramai-ramai berkempen supaya lebih ramai ahli PAS keluar dari parti yang sangat merugikan bangsa, agama dan negara.

Warga sebelum Merdeka

Anonymous said...

TAHNIAH....DAN BERSYUKURLAH KALIAN, KERANA ALLAH TELAH MEMBUKA PINTU HATI DAN MENGIZINKAN SETITIK CAHAYA MENEROBOSI HIJAB YANG SELAMA INI KELAM DAN GELITA,ALLAH TELAH MENGHIDUPKAN SEMULA HATI-HATI KALIAN YANG SELAMA INI MATI DAN DIMATIKAN OLEH ULAMA-ULAMA PALSU DALAM PAS DENGAN AJARAN AGAMA VERSI PAS YANG JELAS AMAT JAHAT DAN MENYESATKAN.ANDA ADALAH INSAN YANG DIPILIH ALLAH DARI SEJUTA INSAN YANG BERADA DALAM JEMAAH PAS UNTUK KELUAR DARI DUNIA YANG KABUR DAN PENUH KELIRU....KALIAN KINI SEUMPAMA SEORANG KANAK-KANAK YANG BARU LAHIR....BERSIH DARI TERPALIT DOSA PAS YANG BERPANJANGAN.ANDA ADALAH INSAN PILIHAN DAN DISERU ALLAH UNTUK KELUAR DARI JEMAAH YANG PENUH TAKSUB DAN TERCELA.....KALIAN PATUT BERSYUKUR KERANA TERSELAMAT DARI PINTU NERAKA.....TERSELAMAT DARI JEMAAH YANG MAHA JAHAT DAN MAHA SESAT...KEBIASANNYA SESIAPA YANG TELAH MASUK PERANGKAP PAS TIDAK LAGI MAMPU UNTUK KELUAR.....TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BERFIKIR SECARA WARAS DAN PERLAKUAN INI TERBAWA SAHINGGALAH NYAWA DI HALKUM MALAHAN HINGGALAH KE LIANG LAHAD.....KETAKSUBAN DAN KESOMBONGAN AKAN DI BAWA SAMA BAGI MENGHADAP ALLAH S.W.T.....SESUNGGUHNYA KALIAN PATUT BERSYUKUR KERANA TERLEPAS DARI JERAT IBLIS BAWAAN PAS......BERSYUKURLAH....BERSYUKURLAH

Anonymous said...

MACAM MANA NIE ADAKAH 37 ORANG YANG KELUAR NIE DIBELI OLEH UMNO, NASIHAT SAYA KALAU NAK BERJUANGKAN ISLAM BERJUANG LAH BETUL BETUL JANGAN SEMUA BENDA HENDAK DIPOLITIKKAN KESIAN PADA MEREKA YANG MEMBERI KEPERCAYAAN DENGAN PERJUANGAN PAS INI.