Sunday, November 20, 2011

Ahli PAS Kelantan Menyokong UMNO!


Siapa sangka program Forum Perdana yang membahaskan mengenai Undang-Undang Syariah anjuran Urusetia Penerangan UMNO Negeri Kelantan yang berlangsung dua hari yang lepas di Kota Bharu mendapat sambutan yang baik dikalangan hadirin. Senario ini jelas sekali menyaksikan satu titik perubahan kepada rakyat Kelantan kerana sebelum ini kebiasaanya sambutan yang seumpamanya dilihat begitu terpinggir oleh rakyat Kelantan. Kehadiran melebihi angka 200 orang sudah cukup untuk membuktikan sokongan rakyat mula kembali kepada UMNO jika dibandingkan dengan angka 70-90 orang sebelumnya.

Lebih menarik program ini dihadiri majoriti peserta yang berkopiah, serban, jubah dan berkain pelikat dan ada sebilangannya masih menjadi ahli PAS. Sekali pandang majlis tersebut seolah-olah anjuran Pas yang dihadiri penyokong-penyokong setianya terdiri dari muslimin dan muslimah. Salah seorang daripada mereka (ahli PAS) tidak mengaku bahawa dia ahli PAS tetapi setelah diselidiki, ternyata yang hadir ramai dikalangan ahli-ahli PAS.

Dakwa salah seorang yang tidak mahu 'dikenali' kehadiran di program anjuran UMNO kali ini disebabkan kerelaan dirinya sendiri dan mengaku terpaksa mengubah arah selepas rasa keliru dengan fahaman parti pembangkang itu yang didakwanya semakin bercelaru sejak kebelakangan ini. Yang nyata sejak bersekongkol dengan PKR dan DAP seolah-olah PAS sanggup menggadai prinsip sendiri dan ini semua sudah diketahui oleh rakyat Kelantan.

Tambahnya lagi, perasaan takut untuk menyertai UMNO langsung tidak ada tetapi buat masa ini terpaksa menjaga hubungan sebab beliau cukup masak dengan tohmahan dikalangan pemimpin-pemimpin Pas. Bahkan, jika dilihat kepada hubungan PAS DAP dan PKR hari ini, rakyat Kelantan seharusnya melakukan perubahan besar kepada kepimpinan kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, turut mengaku bahawa ramai dikalangan rakan-rakannya yang merupakan penyokong PAS telah beralih arah menyokong UMNO tetapi sengaja tidak mengisytiharkannya.

Info : Anti Jumud

2 comments:

Anonymous said...

Tak pa terus kekal jadi ahli Pas..PRU 13 nnti silent protes undi UMNO...

Anonymous said...

jange syok sendiri...demo tu hadir nak tahu apa yg umno nak kata saja...
kalu betul, demo tu tak kato gapo..

kalu salah, puak2 dio ake gege satu negeri!!!