Thursday, November 3, 2011

AUKU : Keputusan Mahkamah Bersifat Mengikat - Khairy



Mukadimah: Jangan jadi seperti setengah-tengah pengikut tunduk dengan segala keputusan bos "Yes Bos"... apa bos buat semuanya "OK Bos"... "Cantekk Bos" nak bersuara pun takut... tapi kat belakang semuanya mengutuk!


Melihat AUKU ini bagus tapi sayangnya, ramai yang berada didalam barisan pemuda yang tak berani nak sahut! 

Penghakiman mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah bukan"semata-mata pendapat mahkamah", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam pendirian ini, Khairy berbeza pendapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata keputusan itu belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

Malah, katanya, penghakiman mahkamah itu bersifat mengikat di sisi undang-undang, dan ia bukan sekadar "pendapat".

"Tidak, ia mengikat. Keputusan mahkamah dan perlembagaan undang-undang adalah sesuatu yang mengikat," katanya kepada media selepas perjumapaan dengan tiga daripada empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi kes mereka itu ke atas kerajaan.

Nazri, yang bertanggungjawap terhadap hal undang-undang, Rabu lalu berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah semata-mata "pendapat mahkamah" atau hanya obiter dictum mahkamah”.

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Menurut Saifuddin pula, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri kabinet untuk merayu kepada mereka supaya kes berkenaan tidak dibawa untuk rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, jika kerajaan memutuskan untuk merayu, maka ia akan kalah dari segi moral, meskipun jika berjaya dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti.

"Jika kita rayu, walaupun kita menang (di mahkmah), namun kita dianggap telah kalah dari perspektif moral. Tetapi jika kita kalah di mahkamah lagi, kita akan kehilangan moral buat kali kedua.

"Itu kekalahan yang amat besar dan kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya umum. Kita tidak mampu kalah sebegitu banyak pertarungan sebelum bertanding pada pilihan raya umum," kata Saifuddin lagi. -MKini

2 comments:

Anonymous said...

AUKU perlu diteruskan...

Anonymous said...

kuatnya kuasa mahkamah,
hakim seharusnya menjatuh hukum mengikut akta yang sedia ada bukan mengubah-suai akta ikut suka hati bapak dia.
tak guna ada sistem undang-undang berparlimen, kalau hakim main kuasa veto macam tu.
Bodoh punya hakim....