Tuesday, November 8, 2011

Empat Ahli Parlimen Sertai Kejohanan Bola Keranjang Pada 9 Nov #YBsCanJump


Buat julung kalinya, empat Anggota Parlimen, termasuk dua Timbalan Menteri, akan beradu tenaga dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Keranjang HSB-KLBA di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Jalan Hang Jebat di sini Rabu ini.

Dalam kenyataan bersama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata acara itu akan bermula pada 7.30 petang.

Ia merupakan permulaan atau ‘pemanas badan’ kepada Kejohanan Bola Keranjang #YBsCanJump yang akan berlangsung pada 19 Nov.

Mereka berkata kejohanan itu yang dilancarkan pada 9 Okt oleh Saifuddin bertujuan mempromosikan bola keranjang di peringkat akar umbi dan merentasi garis sempadan kaum.

“Kami akan bermain bersama-sama dan menentang beberapa pemain kebangsaan di samping penjawat jawatan dalam MABA ketika separuh masa perlawanan akhir,” kata mereka.

Pemimpin muda politik itu berkata acara #YBsCanJump berasal daripada Twitter, tempat mereka mula-mula mencetuskan idea perlawanan bola keranjang 3-lawan-3.

“Ada di antara pengikut Twitter kami kemudiannya menyuarakan minat untuk mengambil bahagian dan selepas itu, kami mengesyorkan apa yang kini dikenali sebagai Kejohanan #YBsCanJump,” kata mereka, sambil menambah kejohanan itu terbuka kepada orang ramai.

3 comments:

Anonymous said...

kalau KJ berani lwn team mat sabu la pulak? amacam?

Anonymous said...

menarik.... tahniah kepada yb2 yg sggup turun pdg demi anak muda...

Unknown said...

Baru balik Haji/Mekah, Khairy terus masuk court main basketball?