POLITIK HARIAN: Video Seks, Anwar Ibrahim Bakal Didakwa?

Monday, November 14, 2011

Video Seks, Anwar Ibrahim Bakal Didakwa?

Terdahulu Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

Berita terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Isnin sahkan pihak polis sudahpun serahkan kertas siasatan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim beri maklumat palsu berhubung kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dulu kepada pihak Peguam Negara.


Namun katanya soal samaada Ketua Pembangkang itu akan didakwa atau tidak di mahkamah akan diputuskan oleh Peguam Negara.

Jawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur, menteri itu menjelaskan polis hanya menjalankan tugas mereka dalam kontek siasatan kes berkenaan.

Semasa kehangatan pendedahan video itu oleh Datuk T, Anwar telah pergi ke Balai Polis Dang Wangi membuat laporan polis menafikan beliau adalah lelaki dalam video aksi seks bersama seorang pelacur China.

Kata Hishamuddin beliau tidak tahu secara terperinci tentang kearats siasatan polis yang diserahkan kepada Peguam Negara.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,”katanya.

Anwar is Dead!!!

3 comments:

Anonymous said...

penipuan anwar akan di bongkarkan tidak lama lg! bye bye anwar!

Papagege said...

Selamat datang ke University Of Sungai Buloh

Papagege said...

https://www.facebook.com/groups/120577398041593/

Jom Sokong Anwar masuk Universiti of Sg Buloh