Friday, November 18, 2011

6 Zarina Anjoulie Lavocah Kata Gambar Nampak Payu Daranya... Seksi Je... Tak Bogel...


Berikutan kontoversi yang melanda, Zarina Anjoulie Lavocah atau nama timang tinggi-tinggi beliau Anjou tampil memberi perjelasan di dalam Berita Harian semalam.

Dalam perjelasannya Anjoue mendakwa sebenarnya sudah 2 kali beliau menolak tawaran daripada FHM Indonesia kerana pakaian yang diminta terlalu seks...

Untuk pengetahuan semua, saya pernah ditawarkan untuk mengadakan sesi fotografi dengan majalah itu sebanyak dua kali dan saya tolak kesemuanya. Antara sebabnya adalah saya tidak mahu bergaya terlalu seksi seperti yang dikehendaki mereka. Bagaimanapun, sewaktu menjalani sesi fotografi itu di Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik, sekali gus menyebabkan tubuh dan payudara saya berubah bentuk. Dan baju yang mereka sediakan pun ketat. Disebabkan itulah gambar yang disiarkan nampak terlalu seksi. Itupun saya berusaha juga untuk menutup bahagian tertentu. Namun ada juga aksi yang terlepas dan gambar itulah yang mereka pilih untuk disiarkan. Alah! Gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun

Tak habis-habis dengan kontroversi minah ni.. Lakonan entah ke mana, kontroversi pulak yang banyak. Nape lah dia ni suka sangat cari publisiti murahan?


Seksi di dunia, seksa diakhirat esok sape nak tolong jawapkan???? Mudah-mudah Allah bukakan pintu hati dia untuk bertaubat...

Berikut temuramah daripada Berita Harian

Zarina Tidak menyesal...

KEHADIRANNYA pada majlis pelancaran filem Khon Malay lakonannya bersama dua filem lain iaitu Taiko dan 1945 petang kelmarin sememangnya amat dinantikan media. Ini kerana sehari sebelum majlis itu diadakan, hampir semua akhbar arus perdana menyiarkan gambarnya yang beraksi separuh lucah.

Aksi mengghairahkan Zarina Anjoulie Lavocah memberikan gaya yang cukup ‘panas’ sehingga menampakkan sebahagian payu daranya seperti yang tersiar di dalam majalah FHM versi Indonesia edisi bulan ini menjadi bualan ramai.

Pastinya kebanyakan komen yang diterima adalah kata-kata berbaur kutukan dan kecaman berapi oleh mereka yang tak puas hati dengan aksi berani mati pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Anak Pontianak ini.

Disebabkan keberaniannya itu, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimahukan gadis berusia 24 tahun ini apabila mengambil keputusan bergambar seksi yang keterlaluan?
Adakah kerana dahagakan publisiti ataupun memang menjadi prinsip hidup Zarina untuk berbuat apa saja tanpa perlu memikirkan sensitiviti masyarakat sekeliling.

Sambil menegaskan tindakannya itu tak ada kena-mengena dengan percubaan mencari publisiti murahan, gadis berdarah kacukan Melayu, Iran dan Scottish ini juga menyelar sikap sesetengah pihak yang hanya nampak kesalahannya saja walaupun apa yang dilakukannya itu tidak banyak beza dengan apa yang pernah dilakukan artis lain.

HIP: Komen Zarina apabila dikecam ramai pihak gara-gara bergambar seksi yang keterlaluan seperti yang disiarkan dalam majalah FHM Indonesia.

Saya tidak perlu rasa menyesal ataupun meminta maaf kepada mana-mana pihak hanya kerana gambar itu. Saya lakukannya juga bukan kerana mahu mencari publisiti murah atau sebagainya. Saya hanya cuba menjadi diri saya sendiri dan tak kisah apa pun kata orang terhadap saya. Sebelum ini pun saya teruk dikecam walaupun ada di antara kontroversi itu tidak ada kena-mengena dengan saya. Saya duduk di rumah diam-diam pun ada juga gosip yang keluar. Jadi alang-alang mereka mahu mengata dan memburukkan saya, lebih baik saya buat apa yang saya mahukan walaupun tahu perkara itu akan menimbulkan kontroversi. Hidup kalau sentiasa mahu mendengar cakap orang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Lagi pun, fotografi itu bukan percuma, tetapi dibayar. Jadi saya ambil sajalah tawaran itu. Tapi itu tidak bermakna saya sengaja menjual badan apabila saya mengatakan sesi fotografi ini dibayar. Jangan salah faham.

HIP: Ramai yang berkata Zarina memang ratu kontroversi kerana lepas satu, satu cerita kontroversi berkaitan Zarina dipaparkan.

Cakaplah apa saja, saya tak kisah pun. Sebelum ini pun macam-macam kata hinaan dan cacian dilemparkan kepada saya. Jadi saya sudah lali mendengarnya. Apalah sangat dengan gelaran ratu kontroversi itu. Perkara ini tidak akan menjadi kontroversi jika tak ada pihak yang menyebarkan dan disiarkan di dalam akhbar. Jangan salahkan saya apabila perkara ini menjadi kontroversi. Seperti yang saya tegaskan tadi, orang seperti saya ini, buat apa pun, pasti akan dikecam. Walhal ada juga gambar artis yang disiarkan di media sama juga seksi dengan gambar saya, tapi tak ada siapa pun yang buat kecoh. Mungkin artis itu kawan-kawan mereka jadi tidaklah disensasikan sangat perkara itu berbanding gambar saya. Hanya kerana sekali pernah buat silap, sampai bila-bila orang akan label saya sebagai jahat.

HIP: Bukankah itu bermakna Zarina sengaja menempah penyakit dan sengaja membiarkan diri menjadi bahan hinaan apabila berani bergambar begitu?

Untuk pengetahuan semua, saya pernah ditawarkan untuk mengadakan sesi fotografi dengan majalah itu sebanyak dua kali dan saya tolak kesemuanya. Antara sebabnya adalah saya tidak mahu bergaya terlalu seksi seperti yang dikehendaki mereka. Bagaimanapun, sewaktu menjalani sesi fotografi itu di Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik, sekali gus menyebabkan tubuh dan payudara saya berubah bentuk. Dan baju yang mereka sediakan pun ketat. Disebabkan itulah gambar yang disiarkan nampak terlalu seksi. Itupun saya berusaha juga untuk menutup bahagian tertentu. Namun ada juga aksi yang terlepas dan gambar itulah yang mereka pilih untuk disiarkan. Alah! Gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun.

HIP: Disebabkan Zarina cukup terbuka dengan bergaya seksi itu, adakah ini bermakna Zarina juga bersedia untuk bergaya dengan lebih ekstrem pada masa akan datang?

Tidaklah sampai begitu. Saya terima tawaran ini pun apabila pihak majalah berkenaan mengatakan ia tidaklah terlalu seksi. Seperti yang saya katakan tadi, saya ambil masa sebelum menyatakan persetujuan. Saya sebenarnya pelik dengan industri kita ini. Pakai seksi sikit, adalah yang melenting dan mengecam. Bila ada artis bertudung dan memakai hijab seperti yang dilakukan penyanyi Waheeda, dituduh sengaja mencari publisiti murah. Semuanya serba tak kena. Jadi senang cerita, lantaklah orang nak kata apa pun. Saya peduli apa.

HIP: Bagaimana pula dengan isu Zarina mengata pelakon dan pengacara Awal Ashaari dalam Twitter?

Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana saya anggap semuanya sudah selesai. Saya sudah pun berbincang dengan Awal mengenai isu ini dan kami sudah berjanji untuk tidak bercerita lagi mengenai isu ini.

HIP: Kerjaya lakonan tak seberapa tapi kontroversi saja yang lebih. Komen Zarina?

Saya tahu memang tidak banyak berlakon. Tapi itu semua kerana saya sibuk dengan kuliah. Saya sekarang sedang menuntut di dalam bidang Undang-Undang di sebuah kolej swasta. Kebetulan ketika ditawarkan berlakon dalam filem ini, saya sedang bercuti. Jadi bolehlah saya curi masa untuk berlakon. Keutamaan saya sekarang ini adalah pelajaran.

Berita Terdahulu :

Zarina Ann Julie Beraksi Seksi di Majalah FHM Indonesia

Zarina Ann Julie Dedah Body Kerana 3500 USD

6 comments:

Anonymous said...

inilah padahnya apabila kurang pendidikan agama!

Anonymous said...

baik bogel terus je... lps tu berlakon la pulak dlm pron star.. masyukk pe?

Anonymous said...

daripada tanya dia...lebuh baik wartawan tanya mak bapak dia, boleh kita tahu samada mak bapak dia setuju? marah? atau memang didikan sebegitu. salah siapa?

Anonymous said...

Seksi dengan bogel pun dia dah tak bolih bezakan..macam manatu..???

Amy Amira said...

lantak dia lah nak bogel pon,bkn dia mintak duit mak bapak korg!

Anonymous said...

Kalau lah saya jutawan, dah lama saya melamar Zarina Anjouli untuk dijadikan isteri.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates