Sunday, December 18, 2011

0 310 Ahli PKR Bukit Gelugor Keluar Parti


Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN,” katanya.

-Bernama

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates