Sunday, December 18, 2011

Anwar Dicabar Bersumpah!


Berani kerana benar! takut kerana salah! inilah masanya untuk Anwar bersihkan namanya!! jadi tunggu apa lagi?

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

1 comment:

Anonymous said...

MACAMANA ANWAR TAK BNGANG DENGAN TUN Dr M, PASAL Dr M SELURUH DUNIA SEDAR IMF DAN WORLD BANK AGENDA YAHUDI MULA DIKETAHUI SELURUH DUNIA, DUIT RINGGIT MALAYSIA NOT 1000 DAN 500 DITARIK SMULA SDANGKAN ANWAR DAH LARIKAN BERBILLION RM1000 DAN RM500 KELUAR NEGARA....