Thursday, December 15, 2011

Meniti Kehancuran: Hasan Ali Boleh Keluar PAS Sertai Umno Jika Mahu... Kata Mahfuz


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.


Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi. -FMT

Seperti yang aku katakan dulu memang ada konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Hassan Ali... Mereka tunggu masa saja nak nyahkan Hassan Ali dari PAS...

Bagi puak Erdogan, Hasan Ali dianggap sebagai seorang pengkhianat... Pengkhianat kepada Anwar Ibrahim dan DAP!

Dalam kes ini kita lihat Mahfuz Bean cuba nak jadi hero... Macam biasa... Mahfuz sedang bodek untuk merampas Kerusi MB Kedah dari ustaz Azizan..

Sekali Hasan Ali bagi pelempang... aku rasa bisu terus si Mahfuz Bean ni..

5 comments:

Gerakan_PAS_Insaf said...

Mahfuz boleh blah... suluh muka kat cermin dulu! tak sedar diri dulu jual cendol bawah pokok.. skrg ada hati nak jadi MB!

Anonymous said...

Habislah Kedah kalu Mahfusss ni jadi MB . Wanauzubillah

jagclash11 said...

kita nak jadi ahli umno atau orang umno..kiri tidak kanan pun tidak...tapi pas sekarang lebih 'umno' dari orang umno sendiri..

Anonymous said...

jelas didalam PAS berlaku kepincangan kerana wujudnya mereka yang pro kepada Anwar demi mengejar jawatan semata-mata dan menolak asas perjuangan asal PAS.PAS sudah tidak relevan lagi

Anonymous said...

Bagus Mahfuz ! Straight to the point...kalau rasa diri lebih baik dari jemaah silakan keluar...tapi kalau rasa diri ingin bersama jemaah menegakkan Islam, teruskanlah bersama PAS. Ingat UMNO tidak pernah ikhlas dalam apa yg mereka buat...niat jahat selalu ada...cakap melayu tapi org melayu kelantan terus dinafikan hak rolayti...ini termasuk melayu t'ganu...mereka ini patutnya jerit Hidup Lembu !! 3x jer.