Saturday, December 3, 2011

1 Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti #PAUMNO


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Berikut lafas ikrar setia kepada parti..

Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.

Ikrar itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

"Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.

1 comments:

kakiretot said...

taat setia ape ke benda, klu nak tengok taat setia ke tidak, buat pemilihan, mcm lanun bertanding, gaduh sana, gaduh sini, buat ler pemilihan klu berani

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates