Friday, December 23, 2011

PAS Siarkan Surat Terbuka Kepada Hasan Ali


Berikut adalah surat terbuka kepada Hasan Ali, yang di siarkan menerusi portal Harakah... kah... kah!
Semakin parah nampaknya politik PAS ni!


Surat terbuka kepada Hasan Ali

Syed Abdullah Jamalullail, Ampangan, Seremban.

Datuk Dr Hasan Mohd Ali sepatutnya musabahkan diri dan bukannya cuba untuk mengeruhkan suasana kepada organisasi yang begitu berjasa kepada beliau dengan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bersama-sama memimpin bagi memperjuangkan ataupun berjihad demi untuk menegakkan daulah Islamiah di negara yang tercinta ini.

Cuba bertenang dan kenangkan kembali jasa-jasa parti PAS yang telah memberikan ruang dan peluang semasa Datuk Dr Hasan Ali tersepit apabila digamkan oleh RTM dalam program Forum Perdana Islam yang sangat popular di masa itu yang mempunyai jutaan penonton setia setiap hari Khamis malam Jumaat.

Masih ingat lagi di antara yang kena tindakan digamkan daripada menyertai program itu 2 orang lagi tokoh yang tidak asing lagi kepada umat Islam di masa itu ialah Datuk Ismail Kamus dan Datuk Dr Haron Din.

Mereka bukan sahaja dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk berceramah dalam Forum Perdana tetapi apa juga rancangan yang bersabit dengan pemerintah tidak lagi dijemput untuk memberikan syarahan agama.

Lalu ketiga-tiga tokoh agama yang disegani masyarakat Islam ini termasuk Datuk Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS dan berjuang di dalam PAS sehingga ketiga-tiga tokoh ini mendapat tempat di peringkat tertinggi di dalam parti dan perjuangan mereka ini sedikit sebanyak telah membantu untuk memenangi hati rakyat menyokong parti PAS kerana ketokohan mereka itu terserlah sebelum masuk PAS lagi.

Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu memimpin dalam bukan sahaja memperjuangkan agama tetapi juga pakar di dalam segi pengurusan pentadbiran kerana beliau pernah bertugas di dalam sektor kerajaan sebagai pegawai kanan di beberapa kementerian sebelum menjadi pakar motivasi yang terkenal di masa itu.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS memberikan jawatan-jawatan penting di dalam parti dan pernah pula menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu masa hanya kerana mahu beliau memperjuangkan Islam melalui parti Islam PAS.

Tetapi kini kami agak sedih dan begitu kecewa kerana Datuk Dr Hasan Ali yang kami bergantung harapkan untuk berjihad kepada menegakkan daulah Islam itu tergamak meluahkan perasaannya menuduh kepimpinan parti PAS sebagai tidak relevan lagi kerana bukan lagi memperjuangkan Islam tetapi telah bertukar arah kepada menjadikan negara ini kepada sebuah negara kebajikan.

Datuk Dr Hasan Ali mesti faham bahawa kebajikan adalah salah satu cabang yang tersangat penting didalam menegakkan dakwah kepada Islam dan itu sebabnya ianya termasuk dalam Rukun Islam yang keempat daripada 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat yang mengaku dirinya Islam itu.

Umpamanya salah satu cara ialah membayar zakat di mana zakat yang dikutip itu adalah dinamakan juga sebagai kebajikan untuk membantu umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam Islam pun ada garis panduan yang mesti dipatuhi sebelum pergi ke puncak terlebih dahulu mestilah mempunyai bekalan yang cukup dan ianya termasuklah berkebajikan kepada umat Islam itu sendiri.

Datuk Dr Hasan Ali, seorang tokoh yang mempunyai kelulusan PhD dan dianggap sebagai seorang profesional patut sedar bahawa memburuk-burukkan 'rumahtangga' sendiri yang membantunya semasa susah dan tersepit tidak harus melakukan kesilapan sebegitu.

Janganlah terlalu emosional kerana kalau tidak sebulu lagi dengan kepimpinan parti PAS sebaik-baiknya berundurlah secara hormat dan pilihlah jalan sendiri jika ingin berjuangkan Islam melalui kaedah parti lawan.

Kalau Datuk Dr Hasan Ali keluar dengan secara hormat pemimpin dan ahli PAS semua menghormati juga dengan keputusan itu dan masih menganggap beliau sebagai tokoh tetapi apabila sebaliknya apa yang berlaku berkemungkinan ianya telah menghancurkan harapan kami semua apa yang kami harapkan.

Walau apapun tiada rasa dendam kerana Islam mengajar kami begitu tetapi terguris juga.

Dalam pada itu kami ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Hasan Ali yang mahu berjihad mengikut caranya sendiri dan mungkin melalui parti yang lain beliau ceburi nanti dan akhir sekali ingatlah pepatah ini 'tempat terjatuh lagi dikenang'.

8 comments:

Anonymous said...

sah hasan ali kena sabotaj!

Anonymous said...

PAS juga terhutang budi dengan Hasan Ali. Kemasukan kedalam PAS menyebabkan ramai rakyat atas pagas menyokong PAS sehingga negeri Selangor jatuh kepada Pakatan Pembangkang.

Anonymous said...

bukan sahaja pas yang patut dikenang kerana memberi tempat kepada dr hassan sampai menjadi seperti ia hari ini tetapi RTM juga dr Hassan patut kenang kerana melaui RTM lah rakyat kebanyakannya kenal pd Dr Hassan..kalau tak kerana RTM PAs pun tak kenal dr hassan tau..ingat tu dr hassan..byk jasa rtm pd dr bukan takat pas saja...

Anonymous said...

Kebajikan tu bukan benda baru BN dok buat dah dulu. Cuma BN tak canang macam PAS. PAS saja yang menunjuk-nunjuk cuma atas kertas sahaja.

Anonymous said...

Kerajaan juga patut dikenang kerana memberi peluang kepada Dr mendapat pengalaman sehingga menjadi Pegawai Kanan dan kemudian diberi tempat menjadi moderator dalam RTM.

Anonymous said...

Pas hanya untuk orang bodoh. Orang hebat mcm Dr Hasan Ali memang tidak dapat bertahan lama dalam Pas kerana yang lain semua bodoh, jumud, dendam, dengki, suka fitnah, dan lain-lain.

Anonymous said...

Isu utama yang Hassan Ali lontarkan adalah isu Gereja yang cuba murtadkan orang Islam. Bagaimana payahnya beliau untuk memperkasakan Islam di bawah telunjuk DAP.

Malangnya surat terbuka ini hanya memfokuskan kepada personaliti Hassan Ali sejak sebelum dan selepas PAS.

Amat rugi apabila PAS masih tidak menyedari DAP tidak bersedia untuk menerima perjuangan PAS dan PAS yang terpaksa mengorbankan prinsipnya untuk 'memuliakan'DAP itu sendiri.

Inilah 'point' sebenar Hassan Ali.

Jangan bimbang Datuk, saya pernah mengundi PAS pada 2008, kali ini saya akan beri undi protes untuk PAS.

Anonymous said...

Klu dah tahu Datuk Hassan Ali tu bagus kenapa tak nak ikut? Ini ikut pula rentak org tak sekolah tinggi mcm Mat Sabuuuuuus, Mahfussss, Din Puduraya dll termasuk Hj Hadi yg tah apa2.Jgn salahkan UMNO tapi salahkanlah diri sendiri.Pemimpin PAs Pis PUs kena muadabah diri.Suluh kat cermin tu.Jgn salahkan org lain saja.Ha! ha! ha! bila dah terlajak baru nak tegadah.Tak guna dah. Pas dan Hancus......