Friday, December 2, 2011

Puteri UMNO Tolak Politik Old Skool ! #PAUMNO


Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.

"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini.



Wan Salwati berkata, pemikiran kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan dan sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu ditonjolkan supaya golongan muda tidak rasa terpinggir.

Katanya zaman menghimpunkan puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir kerana sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam, berbincang serta menjawab Twitter dan Facebook.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

ABANG... ABANG... ABANG JINGGO SOKONG! Mana-mana pemimpin yang rasa dirinya masih ditakuk Old Skool tu paham-paham je la....

3 comments:

Anonymous said...

PM pun dah slow2 tembak.. sedarla diri sikit lebih2 lg dr segi imej ketua wanita UMNO yg semenjak dua ni kurang menyerlah dan terkebelakang jika dibandingkan ketua wanita MCA dlm BN. Bukan NFC yg saya maksudkan tapi program gerak kerja yg kurang menyerlah dan hanya bertaraf senator. Tak pernah dlm sejarah wanita UMNO dilihat lebih lemah dari parti komponen lain malah di era DS Rafidah Aziz wanita UMNO tetap hebat walau UMNO sedang goyah...

Anonymous said...

Umno tak perlulah banyak sangat berubah,semata-mata utk mengikut nafsu orang muda.Cukup kalau Umno prihatin pada rakyat marhean,orang kampung dan gulungan yg susah tak kira bangsa dan ugama.Kurangkan juga rasuah dan mementingkan diri.Umno sudah cukup berjasa pada orang muda yg ada sekarang,hanya mereka yg kurang mengerti apa ertinya perjuangan Umno,tapi orang muda belum tentu lagi akan berjasa kepada ugama ,bangsa dan negara ini,terutama mereka yg di luar Umno.Lihatlah apa yg terjadi sekarang bukan kah gara-gara orang muda yg sudah hilang pertimbangan,hampir saja negara tergadia.

Orang muda yg sudah menyokong Umno sekaraang adalah mereka yg rasional,oleh itu cukup Umno menghurmati gulungan ini dan memberi peluang sebaik mungkin kepada mereka,biarkan orang muda yg bersikap sombong dan angkuh di luar Umno sana.Orang muda yg berada dalam Umno sekarang lah perlu membuktikan bahawa Umno adalah parti terbaik utk mentadbir negara ini dan orang Melayu.Kalahkan mereka yg sombong dan angkuh di luar sana,biar mereka tahu tinggi rendahnya langit.

Anonymous said...

"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,”
MUAHAHAHAHA..ITU PASAL LA BANYAK ARTIS2 MUDA MENJADI MISKIN...PAKAIAN TAKDE YANG CUKUP KAIN..DGN REMAJA2 YANG BERPAKAIAN TAPI TELANJANG PUN SEMAKIN RAMAI...YA BETOL..PROGRAM2 UMNO YANG BANYAK MENGIKUT CITARASA REMAJA DAPAT MENARIK MINAT MEREKA UNTUK SERTAI UMNO...AKHLAK??..MASAALAH SOSIAL..TAK PAYAH PKIR LA...SKANG NI KALO AGAK2 TERINGIN NAK BUAT ANAK LUAR NIKAH PON BOLE...SEBAB DATO' CHAR ADE BUAT TMPAT PERLINDUNGAN BAYI...SALAH SATU PROGRAM ATAU CARA UMNO NAK TARIK MINAT REMAJA..TAHNIAH UMNO!!!!