Thursday, December 29, 2011

Siapa Tipu Siapa? Hasan Ali Atau Nik Aziz?

Siapa tipu siapa sebenarnya ni? Kalau tak kencing pembaca memang bukan Harakah namannya...

Semalam Nik Aziz mengesahkan beliau berjumpa dengan Hasan Ali memohon maaf, serta menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS...

Hari ini dalam satu keyataan media Hasan Ali menafikan kenyataan tersebut. Apa kesss....

Jelas Harakahdaily di gunakan oleh pemimpin tertentu dalam PAS untuk mengaibkan pemimpin politik...

Sedangkan pemimpin PAS sendiri pun diselewengkan faktanya inikan pula pemimpin UMNO yang sering difitnah menerusi Harakahdaily... Memang lawak betul Harakah kah kah kah...


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini. Harakahdaily



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

5 comments:

Anonymous said...

Bila nik aziz nak bersara ni? makin lama makin merapu la...

Anonymous said...

Dah nyanyuk agknye org tua ni

akmy said...

Singkat sungguh tahap akal politik Nik Aziz ni. Semua masalah PAS disalahkan kepada umno, sedangkan masalah sebenarnya ialah kelemahan pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz. Mereka tidak dapat menyedari segala musuh Islam telah dibawa masuk ke dalam kelambu PAS. Akibatnya PAS telah lari dari landasan asalnya iaitu Islam. Pemimpin PAS tidak lagi boleh bercakap berdegar-degar mengenai Islam, hukum Islam malah tiada lagi perjuangan negara Islam.Demi musuh-musuh itu, hinggakan sanggup Hj Hadi membawa hujah yang boleh memesongkan akidah iaitu tiada terdapat dalam al-Quran mengenai negara Islam. Ini bererti mengatakan al-Quran itu masih belum lengkap dan perlukan kafir DAP untuk menyempurnakan perjuangan Islam PAS. Sedarlah wahai ahli dan penyokong PAS bahawa parti politik hanyalah sebagai kenderaan, bukannya agama. Seperti kata seorang Prof., dalam membuat pilihan, kenapa hendak memilih kereta yang tak ada tayar (seperti PAS) sedangkan kereta yang dinaiki kini semakin cekap memacu ke hadapan. Akal diberi untuk berfikir bukan menjadi taksub hingga mengikut diheret kemana sahaja.

Unknown said...

sapa betul dan sapa yang tak betul.

Anonymous said...

umno yg tak betul sbnrnya...ske putar belit cerita...wake up la...bn will be end..huahuaa