Saturday, December 17, 2011

19 Himpunan Jalanan Mahasiswa Di PWTC


Gambar dari Edyesdot.com sekumpulan pelajar Mahasiswa berarak di jalan menuju ke PWTC, mereka menyerahkan memorandum BEBAS kepada Dato' Saifuddin Abdullah.

Pihak polis mengawal lalu lintas untuk mahasisa tersebut...

Tapi kenapa perarakan ini hanya di sertai oleh pelajar melayu sahaja? di mana pelajar cina?











Tahniah tranformasi UMNO. Relax hadapi Mahasiswa! 

0 Ayahanda Berhimpun Desak Kor Ming Mohon Maaf


Kira-kira 200 ahli Majlis Ayahanda-ayahanda Negeri Perak mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat DAP Perak di sini hari ini bagi mendesak Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kerana mempersenda kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai biadab, mereka juga menggesa Ahli Parlimen Taiping itu bertanggungjawab terhadap kenyataannya menggelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran 'Hitam Metalik' dan 'haram jadah' baru-baru ini.


Ketua Penerangannya, Datuk Halim Ramli berkata, kenyataan Kor Ming itu sangat tidak beradab kerana mempersenda kedaulatan negeri Perak, malah semakin berani menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Katanya, walaupun Kor Ming telah meminta maaf sebelum ini, namun permohonan maaf itu kelihatan tidak ikhlas dan dilakukan secara sambil lewa.


"Kami mahu dia mohon maaf secara rasmi, jumpa Menteri Besar dan minta maaf dengan dia. Selain itu dia juga perlu bertanggungjawab kerana mempersendakan kedaulatan negeri ini dengan gelaran 'Perak Darul Kartun'.

"Jika dia tidak suka dengan negeri ini, dia boleh keluar malah dia tidak layak langsung tinggal di negeri berdaulat ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil DAP Perak, Cheah Poh Hiun di pintu masuk pejabat berkenaan hari ini.

Mereka yang berkumpul hampir satu jam sejak pukul 3 petang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata 'Jangan Biadap, Penderhaka Sultan', 'Jangan Hina Kedaulatan Negeri Perak', 'Jangan Hina Melayu' dan 'Jangan Mulakan Politik Maki Hamun'.

Halim menambah, sebagai ahli politik, Kor Ming tidak wajar bersikap biadap dengan menjadikan isu sensitif berkaitan peribadi pemimpin sebagai agenda dalam menyuburkan benih kebencian di kalangan rakyat.

Justeru katanya, sekiranya Kor Ming enggan memohon maaf kepada Zambry dan seluruh rakyat negeri ini, gerakan tersebut tidak akan berakhir di sini malah diteruskan dalam kuantiti yang lebih ramai.

"Kor Ming perlu berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Jangan suburkan politik kebencian kerana ia akan menggugatkan keharmonian negara," tegasnya.

27 Pelajar Hilang Di Dublin Rupanya Kahwin Lelaki Gay!


Baru-baru ini kita digemparkan dengan kehilangan pelajar perubatan Malaysia di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian Rosli namun gagal.

Pelajar tajaan Petronas ini gagal dihubungi malah langsung tidak berhubung dengan keluarganya.

Hari ini punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menghayat hati ini.

Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.

Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga.









Aku pernah siar berita kehilangan mamat ni dulu : Perlu Bantuan Seorang Bapa Dalam Kesusahan.. Anaknya Pelajar Perubatan Hilang di Dublin 

Hari aku nak cakap pergi jahanam la lu bro! betul-betul bangsat budak ni! Mak bapak dia susah hati pasal keselamatan dia... dia syok main kunyit!! nak je aku carut 1000 kali!

Friday, December 16, 2011

2 Usaha Bunuh Hasan, Nasha Dalam PAS Semakin Hebat!


Keduanya mahukan Melayu Islam bersatu dan berpadu dalam semua segi agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Mereka menjadi kemarahan kepada Pro-Anwar (ardegon PAS) kerana mereka berdua mempertahankan akidah dan menyeru kepada perpaduan umat Melayu Islam.

Jika ada lagi mana-mana pemimpin yang berprinsip dan mengambil sikap seperti Hasan, Nasha itu, percayalah mereka akan menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang “berkiblatkan” Datuk Seri Anwar Ibrahim dan budak suruhan kepada DAP.

Jika sikap PAS terus menerus dalam usaha membunuh dan bertelagah sesama sendiri, yang untungnya nanti ialah DAP dan Anwar Ibrahim! PAS dapat apa? Jadi teruskanlah usaha bunuh membunuh sesama sendiri!


Tak payah lah aku nak ulas banyak, ikuti sahaja laporan Malaysiakini yang buat puak PAS semakin pening kepala! Apa sudah jadi broz?


PAS is Dead

PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.


Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PASHarakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.

Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

"Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.

"Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily dan Harakah.

Lagi 25 minit rakaman

Tulisan itu bagaimanapun sudah boleh dibaca dalam blog seorang wartawan Harakah yang mewawancara Mustafa kerana sudah dimuatkan sejak semalam.

Pada hari yang sama, sebahagian kecil daripada rakaman wawancara kira-kira 30 minit itu juga dimuatkan dalam Harakahdaily.



"Rakaman lima minit sudah disiarkan. Ada lagi 25 minit (akan terbit)," kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaian secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Tak hadir mesyuarat

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

Malaysiakini difahamkan, selain tidak selesa dengan kenyataan Hasan dan Nasharudin di media, terutamanya di arus perdana, prestasi kedua-dua pemimpin itu juga dipertikai.

Mereka didakwa tidak memainkan peranan yang diberikan, malah lemah dari segi kehadiran ke mesyuarat.

Nasharudin didakwa tidak pernah hadir ke mesyuarat jawatankuasa pusat sehingga digugurkan sebagai pengerusi lajnah antarabangsa.

Manakala Hasan pula dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat perhubungan negeri dan sekali sekala hadir mesyuarat pusat.

Nasharudin tidak dapat dihubungi Malaysiakini pada masa ini manakala Hasan pula enggan mengulasnya kerana bercadang mengadakan sidang akhbarnya pada Isnin depan.

4 Isu Calon: Pas Kian Rebah !


Isu calon pilihan raya umum ke-13 dalam parti PAS menunjukkan parti itu kini berada di persimpangan bagi menentukan hala tujunya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan parti tersebut menyimpang daripada matlamat asal.

“…mereka (PAS) kini berada di persimpangan jalan, di antara perjuangan menegakkan cita-cita Daulah Islamiah atau menegakkan sebuah kerajaan berkebajikan.

“Justeru apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan dan Nasharudin itu jelas adalah satu manifestasi ketidakpuasan hati mereka berdua kerana PAS kini dilihat telah semakin tersimpang dari matlamat asal penubuhannya,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan ditemui pemberita selepas Perasmian Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia dan Nasharudin yang mewakili kawasan Parlimen Bachok akan digugurkan daripada senarai calon PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan PAS cuba membariskan calon yang kena dengan “selera” parti sekutu mereka DAP.

“Walaupun kita (Umno) berbeza pendapat dan pegangan ideologi politik, tetapi tentu sekali kita (Umno) tidak rela parti yang dikatakan berlandaskan Islam ditunggangi oleh parti yang idealisme perjuangan dan falsafah politik yang nyata berbeza matlamat,” katanya.

“Kita tidak mengambil kesempatan terhadap perpecahan dalaman PAS itu, tetapi kita sedia membuka pintu tanpa mereka perlu masuk menjadi anggota Umno asalkan perjuangan kita itu turut diberikan sokongan oleh mereka,” katanya.-Media Umno

0 Zuraida Mak Lampir, Salah Guna Kuasa!


Ini lah rupanya manusia bertopengkan hantu, bila di beri kuasa... disalah gunakannya...

Dewan orang ramai taman melor Kg Melayu Ampang dijadikan hak milik persendirian Zuraidah aka Mak Lampir.

"Pihak saya memberi masa 2 minggu dari tarikh surat ini dikeluarkan untuk mengosongkan Dewan Melor Kampung Melayu Ampang."

Zuraida ni sape? YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke?

Kalau macam ini lah cara Pakatan Haram nak berkuasa di Malaysia... memanglah hancur negara ni.

Ahli Parlimen PKR dengan selamba halau orang dari dewan? di guna kuasa apa ni?


Mak Lampir dikatakan turun bawak jentera PKR untuk kosongkan dewan tersebut pagi semalam..


Namun kehadiran Datuk Ismail kijo, Safarizul dan gang Ampang turun mempertahankan hak mereka... akhirnya Mak Lampir and the geng kena hambat... lari berkeliaran sampai tak cukup tanah!

4 Kenyataan Rasis Lim Kit Siang Pada 13 Mei


Lim Kit Siang adalah dalang 13 Mei.

Ini adalah kata-kata dari Kit Siang pada 13 Mei.

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

-AAKJ

2 Khalid Samad Bantu Teresa Kok Tutup Isu Murtad


TV Selangor seolah mempertahankan tindakan DUMC dan dalam masa yang sama forum sebegini seolah cuba menyalahkan pihak berkuasa agama Islam JAIS dan Hassan Ali.

Adakah mempertahankan akidah Islam sudah menjadi satu beban buat kerajaan pakatan? Dalam masa yang sama kerajaan pakatan dilihat sanggup untuk tidak mengaku tuhan semata mata untuk menafikan pembabitan ekstremis agama kristian didalam DAP.

Dalam wawancara ini Teres Kok mempersoalkan isu murtad kononnya kena perlu dibangkitkan dalam saat kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan pakatan,sedangkan seluruh umat Islam tahu isu murtad sudah berlaku sejak sekian lama dan pihak JAIS sering kali mengambil tindakan .

Teresa Kok, isunya gereja evengelis kristian bukanya gereja katolik. Anda semua harus faham anasir seperti evengelis kristian adalah pelampau agama yang berdakwah agama kristian yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Kenapa Teresa Kok menyembunyikan fakta ini? Apakah niat disebalik kenyataan Teresa hingga menutup daripada pengetahuan umum mengenai kelompok elit kristian didalam kepimpinan DAP.

Tindakan Teresa Kok hingga sanggup berkata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak beragama dan tidak percaya kepada tuhan seolah cubaan memperbodohkan rakyat.Sedangkan rakyat begitu maklum akan siapakah 2 orang ultra kiasu ini.

Kebodohan wakil PAS tidak berhenti disitu saja,beliau harus faham didalam perlembagaan agama lain tidak dibenarkan menyebar atau berdakwah terhadap umat Islam!

Teresa menjawab:

“Pengerusi DAP Karpal Singh seorang Sikh, penganut agama Sikh. YB Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ini saya ingat mereka tak ada apa-apa agama tertentu lah. Dan saya rasa di parti DAP penganut agama Hindu lebih ramai daripada penganut agama Kristian. Penganut agama Kristian di kalangan keahlian DAP ini memang yang paling kurang sekali … paling minoriti. -Kita Gempur

4 Nizar Muka Tak Malu ! Tumpang Populariti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)


Banner di atas adalah banner yang dipamerkan di Pusat Khidmat MP Bukit Gantang YB Nizar Jamaluddin, sekali pandang nampak macam Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh PAS ibarat ''Kambing punya susu, sabun jenama Shurah dapat nama... hehehe".

PAS Bukit Gantang kini dikhabarkan sedang giat 'membantu' mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tapi ianya ditukar nama kepada 'Borang Duit Rakyat'. Tidak kiralah apa nama yang mereka hendak guna, yang pasti di sini PAS mengakui bahawa bantuan ini memang cukup menggembirakan semua rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Bukan sahaja borang tersebut boleh didapati di Pusat Khidmat PAS Bukit Gantang, malah PAS di kawasan tersebut turut memudahkan urusan rakyat dengan menghantar borang tersebut terus kepada LHDN. Selanjutnya klik di sini...

Thursday, December 15, 2011

2 Video Awie Tersasul Sebut Nama Erra Sebagai Ella ! Hohoho...


Video Awie Tersasul Sebut Nama Erra Fazira Sebagai Ella – Sidang Media awie sebut nama Erra di sidang media konsert Awie dan Ella.


Video Awie Tersasul sebut nama Erra sebagai Ella

Petang tadi berlangsungnya sidang akhbar Konsert Awie dan Ella di Istana Budaya dan pada sidang akhbar tu Awie tersasul, menyebut nama Erra Fazira, Awie juga turut memanggil Hans Isaac sebagai madu.

Video ini berjaya dirakamkan dan ketika ini Awie sedang asyik mengimbau kembali bagaimana Ella mempengaruhi diri beliau dalam berkarya dan meluahkan rasa kagum beliau dengan pencapaian Ella hingga tersasul sebut nama Erra.. Hohoho!

2 Menakutkan: Hantu Mak Lampir Muncul Di Cermin Tandas..


Patutlah Ahli parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin cabar Datuk Ismail Kijo cermin muka... Rupanya Zuraida suruh tenguk muka dia dalam cermin tu hahahaha!

Harap lepas ni Datuk Ismail Kijo dapat mencungkil penipuan mak lampir satu per satu hingga ke lubang kubur.

Berita terdahulu: Azmin Ali, Zuraida Apa Kamu Buat di Ampang?

6 Azmin Ali, Zuraida Apa Kamu Buat di Ampang?


Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.

“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?

“Jalan berlopak semakin parah, sampah sarap tidak diambil. Dulu Alam Flora yang angkat sampah tetapi kini kini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sampah tidak terangkat.

“Mereka pandai bercakap tetapi tidak pandai buat. Macam-macam mala petaka telah berlaku di Selangor,” katanya.

Azmin merupakan ahli parlimen Gombak dan juga timbalan presiden PKR manakala Zuraida adalah ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR.

Tuntut janji

Menurut Ismail lagi, kerajaan Selangor pernah berjanji mahu menurunkan cukai pintu tetapi sebaliknya pula yang berlaku iaitu dinaikkan sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, banyak harta milik syarikat kerajaan negeri telah dijual untuk kepentingan mereka.

“Rakyat Ampang tuntut janji dari Azmin dan Zuraida, rakyat Selangor pula tagih janji Pakatan Rakyat” katanya.

Ismail berkata, dari tinjauan yang dibuat di kawasan Ampang, ramai penduduk yang mengatakan mereka menyesal kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

“Mereka menangis apabila pemimpin Umno menemui merekadan menyatakan akan mengundi BN dalam pilihan umum akan datang,” kata beliau.-FMT

10 Nasharudin Pelik PAS Sudah Jadi Pas Pis Pus!


Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.

Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.

Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.

Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.

“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi. -FMT

Apa yang nak pelikkan... Orang PAS dah diktar kepada DAPAS!
PAS is Dead!

Video PAS-PIS-PUS : http://youtu.be/Rf4do_weFLI

15 Biawak Hidup : Pejabat Syed Ali Alhabshee Digegar NGO !


Seramai lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO telah hari ini menyerbu Pejabat Dato’ Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras di pejabat beliau di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Dato’ Sri Shahrizat Jalil dan keluarganya ‘Biawak Hidup”.

Pada mulanya, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan tersebut secepat mungkin menggunakan blog beliau umnobahagiancheras.blogspot.com.

Hadir di bantahan tersebut adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita UMNO yang naik angin!

5 Meniti Kehancuran: Hasan Ali Boleh Keluar PAS Sertai Umno Jika Mahu... Kata Mahfuz


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.


Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi. -FMT

Seperti yang aku katakan dulu memang ada konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Hassan Ali... Mereka tunggu masa saja nak nyahkan Hassan Ali dari PAS...

Bagi puak Erdogan, Hasan Ali dianggap sebagai seorang pengkhianat... Pengkhianat kepada Anwar Ibrahim dan DAP!

Dalam kes ini kita lihat Mahfuz Bean cuba nak jadi hero... Macam biasa... Mahfuz sedang bodek untuk merampas Kerusi MB Kedah dari ustaz Azizan..

Sekali Hasan Ali bagi pelempang... aku rasa bisu terus si Mahfuz Bean ni..

1 Kes Liwat Anwar... Bersalah Atau Tidak 9 Jan 2012!


Keputusan sama ada Anwar Ibrahim dibebaskan atau bersalah atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan akan diketahui 9 Jan 2012.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

0 Liwat II: Karpal Fokus Hanya Pada Keterangan Saiful


KARPL SINGH, Peguambela utama Anwar mendakwa mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai "no country bumpkin" kerana boleh berlagak seolah-olah tiada apa-apa berlaku selepas diliwat, kerana dapat minum bersama OKT dan menikmati "currypuff".

Selain itu, menurut Karpal, Saiful berjumpa doktor, pada awalnya hanya kerana masalah sakit perut, dan tidak dapat membuang air besar.

Karpal dalam penghujahan balasnya hanya menumpukan kepada kredibilti Saiful, kerana menurutnya kalau pihak penguambela dapat menimbulkan keraguan terhadap kredibilti mangsa, maka tiada kes untuk Anwar.

Selain itu, Ketua Peguambela Anwar itu juga membangkitkan, hubungan antara Saiful dan seorang anggota pendakwaraya, DPP Farah Maizatul Latif.

Menurut Karpal, seharusnya Saiful dipanggil untuk mengetahui hubungannya dengan DPP itu, kerana pihak pembelaan merasa sangsi, bahawa Saiful mendapat akses daripada dokumen pendakwaan.

Anwar menghadapi tuduhan liwat, jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebat.

-http://musramrakunman.blogspot.com/

4 Isu Panas : Chegu Bard Dan Rashid Tersingkir Dari Senarai PRU-13 PKR !

Sayonara... Motong gotah la jawab eh....

Terkini... berita yang terhangat di pasar... Portal N9kini.net melaporkan Chegu Bard atau nama baculnya Badrul Hisham Shaharin dan Rashid Latif akan digugurkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Mungkin juga ini lah pembalasan untuk orang yang kaki fitnah orang sana sinun...

Benar rupanya khabar khabar yang bertiup dan ini lah puncanya mengapa Chegu Bard terpaksa sakau apa juga yang ada untuk menarik perhatian Pusat dan juga Anwar Ibrahim kerana Bard bukan lah “winnebale” candidates bagi PKR lagi. Bard terpaksa menjadi jaguhan untuk membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam PKR atau boleh sajalah lupakan PKR jika usaha menarik perhatian Bos PKR gagal lagi.

Dua nama yang disebut sebut akan digugurkan oleh PKR Pusat pada PRU13 nanti adalah Chegu bard dan juga Rashid DUN PKR Ampangan dan akan digantikan dengan muka baru. Dikatakan PAS akan mengambil kerus Rembau dalam usaha tukar suka sama suka. Rashid pula dikatakan tidak perform dan menjadi libiliti kepada PKR dan dikatakan Rashid juga tidak berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai wakil rakyat.

Sumber yang rapat mengatakan , jika usaha ini gagal kemungkinan besar Bard akan bertanding atas tiket DAP jika mendapat restu dari Pusat dan jika tidak Bard mungkin akan bertanding atas kerusi bebas.

Wednesday, December 14, 2011

12 Nurul Izzah Risau PKR Hilang Sokongan Orang Melayu... Berkuburnya Sebuah Reformasi !


Nurul Izzah ternyata kecewa apabila PKR kehilangan sokongan dari orang melayu... sekaligus akan memberi kesan yang buruk kepada parti tersebut dan akhirnya berkubur lah sebuah reformasi yang sering dilaungkannya...

Sambil mengakui serangan Umno boleh memberi kesan ke atas pangkalan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka akan memfokus usaha-usaha menghapuskan kebimbangan kononnya hak orang Melayu berhadapan dengan risiko di bawah pemerintahan mereka kelak.

Naib Presiden PKR ini berkata sokongan orang Melayu mengalami kesan sejak Umno melancarkan kembali serangannya.

...kami perlu menangani perkara ini, mengulangi dan mengingatkan rakyat ketika ceramah, kemungkinan menerusi risalah. Apatah lagi politik adalah persepsi,” kata beliau.


Kalau Naib Presiden PKR dah cakap macam ni... penyokong PKR nak tunggu apa lagi? takkan nak sokong sampai lebam?

Dah ternyata UMNO parti keramat! Parti orang melayu... usah lah nak nafikan lagi...

Perbezaan UMNO dan PKR




Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation) ; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR.

Adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.


PKR hanya lah parti serpihan yang lahir dari orang kecewa atau lebih di kenali sebagai parti keluarga Anwar Ibrahim.


Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998.

Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan besar-besaran di jalanraya untuk menentang  kes liwat Anwar dan kerajaan Barisan Nasional, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya.

Sasaran kempen reformasi ialah merealisasikan impian Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri Malaysia.



Kajian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan graf populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim jatuh merudum selepas Ogos 2009.

Kajian itu dilakukan oleh Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan lima pemimpin iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.

Populariti Najib Tun Razak mula meningkat sejak Ogos 2009 (50 %) kepada 52% pada Ogos 2010 dan terus meningkat kepada 55% pada Julai 2011.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim yang bermula dengan kedudukan 46 % pada Mac 2008, mula merosot kepada 37 % pada Oktober 2008 hingga Ogos 2009 dan jatuh merudum kepada 26 % pada Ogos 2010 dan jatuh lagi kepada 21 % pada Julai 2011.

Manakala, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Sepatutnya, sebagai Ketua Pembangkang, populariti Anwar lebih meningkat berbanding dengan Nik Aziz dan Guan Eng, namun berlaku sebaliknya.

Di antara ketiga-tiga pemimpin pembangkang, Anwar satu-satunya tokoh yang mengalami kejatuhan populariti yang paling teruk.

Persoalannya kenapa Anwar yang asalnya dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri pada Mac 2008, akhirnya popularitinya jatuh merudum selepas Ogos 2009 ?

Adakah berpunca dari kegagalan projek 16 September 2008, kes liwat II dan kes skandal video seks bersama pelacur ?

Berjayakah parti-parti kompenan Pakatan menampung liabiti Anwar itu atau parti-parti kompenan juga akan turut terpalit sama dengan liabiliti yang dibawa Anwar itu ?

10 15 Siswa Ditahan di KL Sentral !


Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan di KL Sental di ibu negara.

Mereka antara kira-kira 30 orang yang menyertai bantahan senyap di depan pintu utama stesen transit itu, yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.


Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka.

15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran.

Adalah dipercayai mahasiswa terbabit mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berkata beliau sedang memantau kes tersebut.

12 Ramalan Kes Liwat: Anwar Akan Didapati Bersalah !


Anwar Ibrahim menggunakan media massa luar negara (Guardian UK) sebagai talian hayat terakhir bagi meraih simpati dari negara luar antarabangsa...

Anwar kini dilihat sudah terdesak dan mahu minta pertolongan dan bantuan dari negara asing untuk menyelamatkan dirinya.

Secara jelas menunjukkan bahawa mereka cuba mengheret kerajaaan yang kononnya telah merancang satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tahu campur tangan asing ini amat berbahaya kepada negara kita. Kalau dilihat daripada sudut sejarah tanah Melayu, ia mendatangkan keburukan kepada negara kita.

Kita ingin melihat proses terhadap kes ini berjalan dengan lancar, adil dan saksama serta memberikan keadilan sepenuhnya kepada yang mendakwa dan yang didakwa.


Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".

"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...

"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”

Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".

"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

Biarlah kes ini berjalan dengan lancar. Pembangkang kena hormat kepada sistem perundangan negara dan harus yakin kepada undang-undang yang dibuat!

0 Husam Musa Dapat Malu Besar... Apabila Tersalah Saman Blogger !


Husam Musa Exco Kerajaan PAS Kelantan, mendapat malu besar apabila beliau tersalah orang dalam menyaman Mohd Faisal yang dikatakan sebagai Blogger RBF Online.

Menyedari kelisapan tersebut, Husam meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau mahu melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada. Biasa... kalau dah malu, cover line la...

Lebih memalukan lagi apabila Husam di gelar Dayus!

“Husam Dayus”

KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.

Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.

“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.

“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.

“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.

Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.

Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.

“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.

Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.

Sumber: Detik Perubahan

1 Musa Hassan Saman Tiga Blog Pembangkang


Tiga laman blog pembangkang yang disaman adalah freemalays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Sekarang sudah terbukti bahawa blogger puak Pakatan Pembangkang adalah penyebar fitnah yang paling dahsyat sekali! Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan dakyah mereka!


"Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.
 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates