Saturday, January 21, 2012

Ezam: ‘Anwar, Azmin, Kak Wan Tetap Musuh Saya’


Ezam Mohd Noor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali kekal sebagai musuh.

Bekas ketua AMK itu mahu ketiga-tiga pemimpin utama PKR itu memohon maaf kepada beliau dan keluarganya.

Anwar adalah ketua Pakatan Rakyat, Dr Wan Azizah isterinya adalah presiden PKR dan Azmin, timbalannya.
“Mereka tahu apa yang saya ketahui dan mereka tahu kebenaran,” kata senator lantikan Umno Selangor.

Dalam satu temubual di sini, Ezam mendakwa, Dr Wan Azizah yang kini presiden PKR bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Azmin mendapat sokongan kuat Anwar, kata Ezam.

“Azizah tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Azmin kerana hal-hal peribadi,” tambahnya.


Keluarga Anwar

Ezam berkata, beliau dan keluarganya menjadi sebahagian keluarga Anwar ketika Anwar dipenjarakan enam tahun atas salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ezam yang ditahan ISA selama dua tahun pada 2001 tegas mengatakan enam kotak bukti rasuah kerajaan berada dengan Anwar.

“Saya tidak mengetahui isi kandungan kotak-kotak tersebut. Tetapi Dr Wan Azizah memberitahu saya 10 tahun lalu,” kata Ezam.

Isu kotak itu, menurut bekas orang kuat PKR, turut tercatat dalam penulisan pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang bertajuk Politik Perlembagaan.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan liwat ke atas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ezam sebaliknya percaya mahkamah telah membuat keputusan yang salah. -FMT

7 comments:

1 Malaysia said...

Asyik dengan kotak bukti? Dah berapa tahun le, kotak entah ke mana? yang dok bising, masih mulut yang jahat.
Berbuat jahatlah selagi ada peluang. Jangan menyesal nanti.
Bagi AKU, DSAI tetap orang hebat sebab sehingga hari ini, semua kejahatan yang diletakkan dan dilabelkan pada dirinya masih tiada bukti yang kukuh, sahih dan tiada keesahannya. Yang dilihat ialah kejahatan puak yang menuduhnya.
Hidup ANWAR. Hidup ANWAR. Hidup ANWAR.

Anonymous said...

hahahaa biarkan si ezam terjun dgn kotak-kotaknya!

Anonymous said...

Samala dgn jam rolex,asyik ada2,tak tunjuk gak!!

Anonymous said...

Orang umno pukimak

Mohammad Dit said...

Telah saya katakan didalam banyak komen saya diblog2 tentang DSAI dan Keluarganya. Allah itu tuhan yang maha berkuasa, penyayang dan Pengampun.Surah didalam Al Quran menyebut balasan yang bakal diterima oleh manusia yang mempermainkan Islam.
DSAI dan keluarganya bakal menerima pembalasan dari Illahi jika mereka sebenarnya berbohong didalam banyak perkara. DWA mungkin banyak menyembunyikan perkara2 mungkar yang suaminya lakukan. Anak perumpuanDSAI Nurul bersekonkol dengan DWA.

Anonymous said...

Betul.. Betul.. Betul.. Mane jam Omega yer.. Bukan susah sangat nak tunjuk.. Ambik jam dan tunjuk.. Kalau Anwar atau Azizah dapat tunjuk jam Omega tu, confirm sokongan ke PKR akan melonjak.. Ini banyak dolak dalih, nampak sgt le menipu.. Kite semua penah jadi budak2 kan.. Kalau kite buat salah mesti kite banyak dolak dalih kalau kite disoal ibu kite kan.. Mcm tu la jugak macam Anwar ni..

Anonymous said...

to 1 Malaysia,Amerika dan Israel pn byk bukti kejahatan n kekejaman yg mereka lakukn tp tetap tak jatuh2,jd adakah ia bermakna mereka xbersalah??jgn la 'lurus' sgt membuat andaian..ingatla ni sume dunia je..terlepas di dunia pasti xkn terlepas di akhirat..wallahu'alam..