Monday, January 16, 2012

Hasan Ali Dedah 'Parasit' PAS


Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini bikin puak PAS kepanasan lagi apabila beliau bercadang untuk dedahkan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang telah mempengaruhi parti itu.

Katanya, perkara tersebut akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS.

Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim,"

Kita tunggu pendedahkan siapa "parasit" dalam PAS yang tak sabar-sabar mahu membunuh karier politik Datuk Dr Hassan Ali.

5 comments:

kami sayangkan PAS yg dahulu said...

Pendedahan tu perlu utk diketahui umum dan pnyokong PAS khususnye !!! Biar pucuk pimpinan PAS tau siapa sbenarnye duri dlm daging!!! Hidup PAS!!! hidup HASSAN ALI!!!

Anonymous said...

khalid samad, mahfuz omar sdg kepanasan....

Anonymous said...

kekeke umngok semua dah terpedaya dgn kencing hasan ali hahaha. hasan ali pemimpin yg dah reject.. eloklah di kumpulkan dalam umngok!

Anonymous said...

Anon 2:48 dah lali dengan parasit tuu...

Anonymous said...

kenapa korang nak gaduh? perbetulkanlah yang salah... melayu kutuk pas, kutuk umno... bersatu and perbetulkanlah....