Friday, January 13, 2012

0 Letupan 901: Polis Meminta Pengedar Jam Loceng Tampil Memberi Maklumat


Polis meminta pengedar jam loceng tampil memberi maklumat jika terdapat mana-mana pihak membeli tiga jam berkenaan secara serentak baru-baru ini.

Jam loceng dalam kes jerangkap rekaan elektrik adalah daripada jenis murah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.


Polis meminta orang awam yang pernah atau telah menjual tiga jam loceng murah warna merah, menyalurkan sebarang maklumat kepada DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-4708946 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut

Dalam pada itu, blogger-blogger mesra Kerajaan telah bersepakat untuk menyumbang bagi menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini beberapa blogger sudah bersetuju menyumbang mengikut kemampuan mereka. Diharap lebih ramai lagi blogger-blogger Pro-Kerajaan akan tampil memberi sumbangan.

Blogger Pena KSJ bersetuju menyumbang sebanyak RM50.00
Blogger Double Y bersetuju menyumbang sebanyak RM100.00
Blogger Bro Jinggo bersetuju menyumbang sebanyak RM100.00
Blogger Cucu Tok Selampit bersetuju menyumbang RM200.00

Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah tempoh hari dinaikkan kepada RM10,450.00

Kita blogger bukan macam AMK dan puak PAS main tunjuk-tunjuk je...

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates