Sunday, January 15, 2012

1 Mufti Perak Kecewa Pas Hasan Ali


Tan Sri Harussani Zakaria, antara personaliti yang cuba mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum 2008, kesal kerana Datuk Dr Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dibuang parti.

Menurut Mufti Perak itu, sebagai pejuang Islam yang sejati, Hasan tidak sepatutnya berputus asa, sebaliknya perlu meneruskan perjuangannya.

“Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam.

“Sejarah dunia telah membuktikan bahawa orang kafir memang tidak pernah suka dan setuju dengan Islam, begitu juga dengan orang munafik.

"Jadi mengapa orang Islam sendiri perlu ikut kata mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Ketika diminta mengulas tentang pengguguran Hasan sebagai Exco Selangor dan tindakan Pas memecat Hasan dari parti itu, Harussani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Selepas pilihan raya umum 2008, Harussani dilaporkan menggerakkan usaha mengadakan perundingan dengan kepimpinan Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Perak dan Selangor.

Kerjasaman Umno-Pas yang dicadangkan Harussani itu berteraskan Melayu dan Islam.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu atas alasan melanggar kepentingan parti.

1 comments:

Limi_Nana said...

Ali Imran, ayat 118 - 120 maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)



Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119)



Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (120)

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates